Umi...
kasih mu sampai ke syurga..
anak mu ini tahu
telah banyak dosa yang anak mu lakukan
kepada mu dan keluarga..
Umi...
doakan anak mu ini
semoga menjadi seorang anak yang
solehah..
semoga anak mu ini membela kebenaran..
agar nasib mu terbela apabila di tangan anak mu ini..
Umi..
jangan sesekali
air mata mu mengalir
kerana kekejaman mereka disana,
kerana kami inilah yang akan menjadi
mujahid-mujahidah mu..
sekali engkau jatuh
kerana mereka,
akan kami dukung umi kembali
dengan mahligai istana,
menyedarkan mereka bahawa
umilah
Permaisuri di hati kami..
Umi..
bukan kegagalan umi jika
hidup kita tidak seindah permata pada hari ini..
tapi semuanya akan bersinar
jika anak-anak
mu ini akan dewasa kelak..
kerana,
akan kami hiasi umi dengan segala keindahan
untuk menebus maruah keluarga
yang telah dicanai oleh mereka yang bernama manusia...
Umi..
lihatlah anak mu ini,,
apa yang ada pada kami sekarang
adalah bukti kejayaan umi mendidik kami..
memberi kasih sayang...
memberi kekuatan..
memberi semangat..
mendorong kejayaan...
Umi...
Kebangkitan KELUARGA ADIJAH
kini kembali,
akan kita buka satu-persatu
kejayaan yang kita tempuhi..
akan kita tutup mulut mereka yang
mencanang kedaiffan kita...
Kerana..
Allah sentiasa bersama Hamba-hambaNya
Nukilah hati :ayunie

i miss my ibu .. huhu
ReplyDeleteklau rindukan ibu..nnt time solat,doakan kesejahteraan ibu dunia akhirat ya :).. doa anak-anak yang soleh itu sentiasa didengari Allah :)
ReplyDeleteINSYALLAH ... ahao sentiasa doakan untuk dorg ..
ReplyDeletealhamdulillah.. :)
ReplyDelete