Monday, 30 July 2012
Wednesday, 25 July 2012
salam ramadhan ..
Assalamualaikum..
apa khabar kawan-kawan pembaca entri ? (kalau ada erk..hihi)
pertama-tama ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat lagi kita merasai nikmat bulan yang penuh barakah ini.. :)
Alhamdulillah..
tak lain tak bukan mesti Allah nak kita topup kan lagi amalan kita kan ?
and sempena bulan barakah ni kawan2 ada simpan apa2 azam tak ? takkan tunggu new year jak baru nak pasang azam...
and azam kita buat ramadhan kali ini is "KHATAM AL-QURAN " !!
yeaayyyy.... insyallah... kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan...
^____^
tak salahkan kita pasang azam yang baik-baik ? :)
so dalam satu bulan ni kita nak juga habiskan 30 juzuk...
and Allah permudahkan pula azam kita ni..
sebab kat sini ada pula program tadarrus ...
hurreeeyyy,,, ! ^__^
makin senang kita nak capai azam kita ni ....
kat tadarrus kita habiskan satu juzuk n kat hostel plak kita try habiskan satu juzuk sendiri2 pula :)
insyaallah... Allah pasti ringankan semua...
so, di kesempatan ini saya mengucapkan berjuta kemaafan kepada kawan-kawan diluar sana seandainya selama saya menjadi blogger ni saya ada mengeluarkan entri yang menyinggung perasaan korang semua :(
and happy fasting days to all of my friend out there !
^___^
pose jangan tak pose tau !
kikiki...
sambil-sambil tu tambahkan lah amalan di bulan mulia ni yah !
:)
Sunday, 22 July 2012
JIKA AKU JATUH CINTA………
JIKA AKU JATUH CINTA………
Ya Allah,jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadamu.
Ya Allah,jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia dan jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hati pada-Mu.
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Wednesday, 18 July 2012
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" -al hadis

coretan kelas
Kadang-kadang kita sering mengeluh dengan kesempitan yang kita alami. Tanpa memikirkan sebenarnya di luar sana lebih banyak lagi hambah Allah yang mengelami kesempitan yang hebat berbanding kita. Namun lumrah manusia memang begitu, suka memikirkan diri sendiri tanpa menghindarkan orang lain.
Jangan jadikan kesempitan hidup sebagai syarat kita untuk tidak Berjaya. Malah jadikan dugaan Allah ini sebagai pemangkin kita untuk Berjaya. Keluar dari kesempitan. Allah sudah berjanji,’TIDAK AKAN DIUBAH NASIB SEORANG INSAN ITU MELAINKAN DENGAN USAHA’ . maka berusahalah kita untuk Berjaya, berusaha untuk membawa ibu bapa kita keluar dari kesempitan hidup. Cuba kita fikirkan sejenak, walaupun kita lahir dari keluarga yang tidak berada tapi ibu bapa kita tidak jadikan itu sebagai alasan mereka untuk tidak menghantar kita kesekolah. Malah ada diantara kita sekarang yang sudah sampai kemenara gading walaupun dalam keadaan diri yang tidak seberapa..kadang-kadang RM20 yang ibu bapa hantar setiap minggulah yang mengisi perut kita di kolej. Tapi Alhamdulillah, hidup lagi kita di bumi campus ini. Sebab rezeki itu datang dari Allah,dan rezeki Allah untuk hambah-hambahNya itu sangat hebat !
Jangan gentar ! kita jiwa-jiwa pejuang ! kita dilahirkan untuk berjuang ! maka hiduplah seperti seorang pejuang .. di tolak kita bangun..di caci kita senyum..di hina kita bahagia..di pinggirkan kita kuat !
Bila diri terasa jatuh dan tidak bermaya ingat umi dan abah di kampung yang sentiasa mendoakan kita. Yang selalu menyebut nama kita didalam setiap doa-doa mereka. Ingat ! doa seorang ibu itu sentiasa makbul dan doa seorang ayah itu umpana doa Nabi buat ummatnya ! subhanallah ! hebatnya Islam ! sentiasa mengajar kita untuk tetap sabar…berusaha…iktiar…doa…tawakal..
Simpankan didalam hati, setiap kejadian yang menimpa kita sentiasa ada hikmahnya… mungkin ini cara Allah untuk menjaga kita. Mungkin kalau kita dilahirkan dikalangan keluarga yang kaya kita menjadi seorang yang bongkak ! lupa diri ! sombong ! tak ingat mati ! tak takut Tuhan !
Lihat , kita dilahirkan dari keluarga yang dipilih Allah untuk menggalas ujian yang Dia berikan… itu satu anugerah buat kita..sebab dalam berjuta hambahNya didunia ini kita dipilih untuk menjadi pejuang. BERSYUKUR ! bersyukur dengan apa yang Dia berikan. Ini bukan alasan ! ingat ! Allah uji kita sebab Allah tahu kita salah seorang hambah-hambahnya yang mampun membawa ujian ini..kita tidak rasa rugi dengan apa yang Dia berikan kepada kita. Sebab kita tahu akan ada juga hadiah buat kita. Kalau bukan didunia,pasti di syurga kelak.
Allah rindukan doa-doa, rintihan-rintihan, zikir-zikir dari hambahnya…itulah kenapa Allah berikan ujian kepada Hambah2nya. Bukan sebab Allah tak sayang… tapi sebab kita diantara hambah-hambahNya yang disayangi lah kita diberikan ujian ini. Alhamdulillah…. Sedar tak sedar, dengan ujian ini rupanya kita sering mengadu kepadaNya..Dia dengar rintihan kita setiap malam..Dia lihat kita berusa untuk maju..Dia tahu kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya untuk kita terus berdiri.
Nukilan Hati,
Hidayah Ayunie,
Kamar usang UiTM sabah , 2:37pm
Saturday, 7 July 2012
Sunday, 1 July 2012
setiap manusia itu....
Assalamualaikum semua....
entah kenapa malam ni mata susah mau lelap...
and suddenly terfikir pula mau conteng-conteng tentang jodoh..
ehemm...
jodoh la pulakk...study pon tak habis...hehe
tapi kali ni saya ndk mau sentuh topik ni secara serius...
saya mau bercakap tentang entri ni guna cara saya..
occay..occay..back to da point...
didalam hidup kita ni...kita mesti yakin dan percaya yang kita dilahirkan dengan pasangan masing-masing...
siapa dia ?
itu rahsia Allah...
kita tak akan tahu siapa jodoh kita sehinggalah hari pengijabkabulan dilakukan...
begitu juga aku (guna ganti bahasa diri aku dulu)..
aku percaya yang Allah telah ciptakan seorang hambah-Nya yang akan membimbing aku kelak....aku percaya yang tulang rusuk ini ada tuannyya..
kalau pun bukan di dunia mungkin di syurga kelak..(insyaallah)...
jadi pada aku,tak perlu-lah aku terlalu habisskan masa untuk di-siasia kan bersama lelaki lain...takut nanti menjadi zina di muka bumi..nauzubillah...
bukan nak tunjuk alim tak nak ada bf..tapi nak semua keistimewaan ini dikongsi hanya bersama empunya rusuk ni ^___^
mungkin empunya rusuk juga sekarang tengah nantikan aku >??
manatahu kan ??
^______^
jadi kepada saudarisaudari di luar sana...jangan lah jual murah sangat..
stay expensive lebih baik...
ingat, bukan mudah mendapat jannah !
^___^
nota kaki
kamar Annisa A2216 uitm sabah
2:47am isnin
Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim.
Kata ustaz
kita ini semuanya sama
tiada beza yang tua mahupun yang muda
jangan menyombong atau takbur sesama manusia
sekalipun kita berpangkat atau berilmu
kerana disisi Allah
kita semua sama...
Kata ustaz
jangan kita hina orang yang lemah
yang kurang berada
mahupun yang kurang paras rupa
tiada beza yang mengerjakan sawah
mahupun yang membina perumahan mewah
kerana disisi Allah
kita semua sama...
Kata ustaz lagi
jangan kita hina
budak kecil yang comot lagi berhingus
kerana dia tiada dosa
sedangkan kita
setiap waktu dan ketika
memenuhi hati kita
dengan titik2 noda
dalam tidur,dalam jaga...
Akhirnya ustaz pesan
ingatlah!
kita manusia semuanya adalah sama
yang membezakan kita
hanyalah AMAL dan TAQWA
biarlah kita kurang dimata manusia
tetapi tinggi disisi Allah..
peliharalah dirimu
agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
ada harga diri
yang tidak ternilai mahalnya...
Wallahua'lam..

NOta kaki
Salam ukhwah kawan-kawan...
ya..sapa setujuh dengan kata-kata dalam gambar di atas...?
memang..hati perempuan itu unik...kita mampu melihat dia tersenyum sepanjang hari tanpa menyedari betapa dia menangis sepanjang malam...terutama hati wanita yang bergelar IBU...
namun tangis mereka bukan ber-erti mereka lemah...
tangis mereka bukan kerana menyesali apa yang tertulis untuk mereka...
tapi untuk mengeluarkan ciptaan ajaib dari yang Maha Pencipta segala suka dan duka...
Allah ciptakan air mata ajaib ini untuk mereka meluahkan segala yang tersirat dihati..
mereka berdiam...tidak mengeluarkan sebarang kata-kata sendu..
namun titisan air mata itu sudah cukup membicarakan segalanya ...
Allah itu Maha Mengetahui...
berdiampun kita tetap di tahu Nya isi hati kita...
kerana dari Dia kita datang...dan kepada Dia jugalah kita harus kembali...
coretan malam
kamar Annisa A2216 uitm sabah
11:25pm (ahad)
♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.
#copy&paste Jer ^^,
Subscribe to:
Posts (Atom)