alhamdulillah masih lagi kita di dalam bulan syawal yang penuh mulia setelah ramadhan yang penuh barakah berlalu pergi..
insyaAllah malam ini jawatan kuasa pusat islam uitm sabah akan menjalankan aktiviti Qiam.. dan separuh daripada program telah pun dilaksanakan dengan jayanya ^^
program pertama :
--> program pertama yang dijalankan ialah solat maghrib dan isyak berjemaah bersama SAHABAT-SAHABAT. Alhamdulillah usai solat ada jamuan untuk makan malam sebelum program ceramah di mulakan.
dan apa yang menarik tentang ceramah malam ni adalah tajuk ceramah itu sendiri dan juga penceramah jemputan itu khusus nya.
apa tajuk ceramah itu agaknya ? ??? jeng..jeng...
"SEMAIAN CINTA" !!
fuuuuyyyoooo.. ! tajuk ceramah pun dah bikin suspen kan ?? 1st ana dengar tajuk ni . apa yang ada dalam fikiran ana adalaaaahhh...... (sila rujuk gambar)
hurm ! confirm habis ! memang dalam kepala ana "ni mesti fasal solat istikharoh ni . mesti fasal cinta-cinta ni." and kalau dah fasal cinta-cinta ni mesti kat dalam kepala kita semua BOYFIE atau GIFFIE kan ? ( ok giffie tu bunyi pelik sikit haha ) and itu lah yang sebenarnya ada dalam kepala ana... Booooooffffiiieeeeee~~~~~ haha ! tapi, ana xda boffie :( sobsobsobsob... T__T tajuk ni tak adil ! kikikikiki ^^
and rupa-rupanya bukan itu sebenarnya . tajuk ini bukan terlalu refer kepada solat istikharoh walaupun tajuk ini hampir kepada maksud itu. tapi tajuk ini lebih kepada "CINTA ".... tapi.. tapi.. tapi..
cinta kepada apa ? kepada siapa ? di mana tahap cinta kita ? bertahan kah cinta kita ? inilah sebenarnya yang dikupas oleh penceramah jemputan kali ini yang khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama insyaAllah 3bulan lagi ^^ tahniah ! secocok bannar suami isteri ini :') subhanaallah..
apa yang menariknya tentang inti pati ceramah beliau ialah beliau menekan tentang RANKING PERTAMA CINTA MANUSIA... siapa yang sepatutnya berada di kedudukan pertama ini ? siapa ?
ya... ! ALLAH ^_^ ..
Allah lah yang sepatutnya sentiasa berada di kedudukan pertama didalam cinta dan hati kita. kenapa ? sebab dari Dia lah lahirnya perasaan cinta yang wujud dalam diri kita ..Dia lah yang telah meminjamkan kita perasaan cinta . dan sepatutnya kepada dia jugalah kita patut balikkan cinta tersebut.
dan kedua , beliau menekan-kan siapa yang patut berada di tempat kedua cinta kita . RASULULLAH .
kenapa Rasulullah ? kenapa ?
sebab baginda lah yang telah menunjukkan kepada kita melalui sunnah-sunnah nya tentang bagaimana kita hendak meng-eksprisiasikan rasa cinta kita kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. dan baginda jugalah yang telah menunjukkan kepada ummatnya betapa dia menyayangi dan mencintai semua ummat-ummatnya sehinggakan di ambang pemergiannya masih lagi teguh bait-bait "ummati..ummati...ummati.. ".. dan dek kerana sayangnya baginda kepada kita, hinggakan baginda meminta kepada Allah agar pindahkan semua kesakitan sakaratul maut ummat akhir zaman ke atas dirinya. kenapa ? kerana dia tidak sanggup ummatnya merasa bagaimana sakitnya detik-detik itu.
tapi persoalannya .. sejauh mana cinta kita kepada baginda ?
to be continue.....
No comments:
Post a Comment