Assalamualaikum dan salam ukhwah semua …
insyaAllah entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini ( semaian cinta 1 )..
oke.. di akhir post ana tentang semaian cinta pasrt 1 ana ada kemukakan soalan kepada sahabat-sahabatkan ? ana tidak akan memberi jawapan itu didalam post kali ini, sebab bagi ana sure sahabat-sahabat dah ada jawapan masing-masingkan ? dan sure sahabat-sahabat semua tahu bagaimana hendak membuktikan jawapan anda kan ? insyaallah .. ^__^
selepas penceramah mengupas tentang cinta pertama dan kedua, penceramah pergi pula kepada ‘siapa cinta ke 3 selepas Allah dan Rasul’ . macam dalam tajuk buku ni ..
( tapi buku di atas lebih kepada isteri dan suami lah. sebab seperti yang kita tahu jika wanita sudah berkahwin,syurganya di telapak kaki suami bukan lagi di kaki ibu,sbb tu wanita WAJIB taat suami. dan syurga suami pula masih lagi di telapak kaki ibu,sebab tu mcm mna pun lelaki WAJIB taat ibu, jangan 'takut bini' ! tapi, tidak pula bermaksud bhawa pendapat isteri tidak boleh diterima pakai, jika isteri memberi pendapat dngn cara yg betul,seorg yg taat dan bertanggungjawab,gembirakan lah hatinya, tapi dalam entri ini ana tidak mahu berkongsi fasal perkahwinan pula sbb rata-rata dari kalangan kami yg mengikuti qiam hari tu semuanya bujang-bujang masih..haha..dan student maC.. hehe )
oke..oke.. back to da point..
So sahabat-sahabat.. siapa cinta ketiga anda ?
Siapa sekarang yang ada dalam fikiran anda selepas membaca soalan di atas ?
Adakah kekasih ? ibu bapa? Sahabat ? suami ? isteri ?
Pertama : Kepada yang belum berkahwin sudah semestinya IBU kan … sudah tentu cinta ke 3 kita harus dibagi kepada ibu/umi/mama/momy/bonda/omma kan. Kenapa ? sebab Ibu lah yang telah mengandungkan kita selama 8bulan .. bukan senang hendak membawa anak yang berkilo-kilo didalam perut. Bukan boleh simpan kat tempat lain sekejap. Lagi pula.. kita sedia maklum yang muslimat mempunyai sifat yang lemah lembut..penyayang dan penyabar.. dan kerna ini jugalah Allah meletakkan amanah untuk mengandungkan anak didalam Rahim ibu. Sebab dengan sifat-sifat inilah insyaallah akan lahir seorang anak yang soleh dan solehah sebab telah dikandungkan dengan penuh kasih sayang selama 8 bulan lebih. Darjat seorang Ibu ini Allah naikkan tinggi . sehinggakan dapat syahid jika ibu yang solehah ,kuat beribadat dan taat suami meninggal dunia semasa melahirkan anak.. Subhanaallah ! dan.. dan.. bukti betapa kita sebagai anak-anak ini harus menyayangi ,mencintai dan taat kepada Ibu kerana SYURGA ANAK DITELAPAK KAKI IBU.
***
Kedua : sudah semestinya selepas ibu kita mesti mencitai Ayah. Kenapa Ayah/Abah/dady/bapa/appa ? kenapa ? sebab tidak terkira berapa nilai keringat Ayah yang telah membanting tulang membesarkan kita. Makanan yang kita suap kemulut hasil usaha siapa ? sudah semestinya Ayah kan. Kalau time kecik-kecik Ayah yang selalu hantar kesekolah . ajar kita mengaji, menjadi imam solat. Dan mendidik kita .
Selepas mengupas tentang cinta pertama,kedua dan ketiga, penceramah berkongsi ilmu pula tentang cinta seterusnya. Tapi ana tidak nyatakan disini atas sebab-sebab tertentu lah.
Program ke-Dua :
Selepas program ceramah , kami pergi pula kepada program seterusnya iaitu latihan dalam kumpulan (LDK) yang di handle oleh adik zatie. Dalam program kali ini kami di suruh untuk lukis bentuk ‘love’ .
Alaaaaa… love.. takkan tak tahu kot.. hihi ..selepas lukis bentuk love kami disuruh pula lukis 5 cabang dan catatkan apa yang kami gambarkan tentang bentuk tersebut. Dan inilah hasil lukisan ana.. ^__^
Ok..ok.. tak payah cakap.. ana tahu hodoh .. hehe
Mungkin tak berapa jelas kan..
Cabang pertama : cinta
Cabang kedua : sayang
Cabang ketiga : rindu
Cabang ke empat : ukhwah
Cabang ke lima : kayu sugi
Usai lukis-lukis segala kami di suruh pula hantar wakil dari muslimat dan muslimin untuk bentangkan tentang lukisan kami tadi.
Wakil dari muslimin : Abang hisham ! haha.. yang lucunya abg hisham bukan lukis bentuk love.. tapi bentuk epal.. tersilap dengar katanya.. hihi.. antara yang ana ingat antara 5cabang tu abg hisham tulis : perasaan, nikmat, dan makan. Hehe.. 3 jak yang ana ingat yang selebihnya ana lupa.. mohon maaf yah..
Dari 3 tu abg hisham cakap sebab cinta itu satu perasaan dan juga nikmat yang Allah bagi kedalam hati setiap manusia. Yang makan pula sebab ada antara muslimin yang sekumpulan dengan abg hisham suka makan. Hehe !
Wakil dari muslimat : kak Mia yang commeeyy ! hehe .. apa yang kak mia tulis kat 5 cabang tu antaranya :cinta,rindu,makan,purple,sahabat . kalau tak silap ana. Minta maaf ye kak mia kalau ada yang salah .
Kak mia cakap bentuk love tu menggambarkan cinta dan rindu.. purple juga sebab kak mia suka warna purple, yang makan tu sebab kak mia pun suka makan ! hehe
Seterusnya,
Hasil dari apa yang kami lukis tu mana satu cinta yang membawa kami kepada cinta Ilahi dan dekat kepada Rasulullah . dan ana pilih : KAYU SUGI ! sebab tulah ana tulis kat tengah-tengah tu .hehe !
Kenapa KAYU SUGI ? kak mia pun Tanya soalan ni . kenapa ana suka sangat kat kayu sugi ? cuba teka ? ^^
Sebab kata Rasulullah “cintai aku dengan cinta kepada sunnah ku” dan kita sedia maklum bahawa bersugi sebelum sembahyang juga adalah salah satu sunnah-sunnah baginda. Bagi ana, minat kepada kayu sugi inilah salah satu bukti cinta ana kepada Baginda dan mendekatkan ana kepada Baginda. Baru-baru ini ana ada juga hadiakan kayu sugi kpd seorang sahabat . untuk ana membina ladang amal . harap-harap hadiah itu digunakan lah sebelum solat . ^^
Tapi bagaimana pula kayu sugi ini boleh membawa cinta kepada Allah . bagaimana ? cuba teka ? hehe
Sebab ana selalu bersugi sebelum solat. Kayu sugi inilah yang ana selalu guna sebelum menghadap Ilahi.seperti yang kita tahu solat adalah perhambaan kita kepada Allah dan juga ibadah yang diwajibkan kepada ummat islam. Dan dengan melakukan ibadah-ibadah inilah bukti cinta kita kepada Allah dan bukti ketakwaan kita kepada Allah, pemilik cinta yang sebenar-benarnya.
***
to be continue...
No comments:
Post a Comment