Memetik kata-kata Winston Churchill ,"Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam."
Berhati-hatilah bila menyusun kata. Walaupun kita mungkin tidak menggunakan pena untuk menulis berbanding hanya menekan huruf-huruf pada keyboard komputer sahaja. Istilah "pena" yang dimaksudkan adalah tulisan atau karya yang kita hasilkan.
Menulis membuta tuli dan berpaksikan emosi tanpa ilmu, hanya memudaratkan dan boleh menimbulkan keraguan dan pertelingkahan pendapat pada pembaca. Apatah lagi apabila ia berkaitan tentang akidah dan syariat. Islam mengajar kita halus dan lembut dalam bicara dan tutur kata apatah lagi jika ditulis dalam bentuk karya untuk dibaca. Percayalah, kadang-kadang kesedaran mahupun keinsafan akan lahir dengan hanya membaca tulisan yang jujur, penuh mutiara ilmu dan ditulis penuh berhemah!
“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.” - Pujangga
*ketika jari berbicara
No comments:
Post a Comment