Tuesday, 20 September 2011

USTAZAH PILIHAN

Assalamualaikum...salam perjuangan dari ana buat sahabat-sahabat...


Ada yang bertanyakan pendapat ana tentang kesesuaian program ini. Secara jujurnya, ana tidak merasa senang dengan kewujudan program ini. Dalam masa yang sama, ana tidak menafikan peranan muslimah sebagai sayap kiri perjuangan dalam memperkembangkan dakwah Islam, namun ruangnya tidak  seluas seperti kaum muslimin. Ada batas yang perlu dijaga, ada fitnah yang perlu dihindarkan.



ana tidak dapat mengjangka bagaimana konsep dan bentuk program yang bakal dilaksanakan ini, namun apa yang pasti ia tidak dapat lari dari menonjolkan peribadi dan personaliti  muslimah secara terbuka, memperagakan diri menjadi tontonan umum serta mempamerkan tabarruj, fesyen dan kecantikan. 

Penonton-penonton terutamanya lelaki akan lebih memperkatakan tentang kelembutan dan kecantikan peserta dalam Ustazah Pilihan sebagaimana gadis-gadis remaja duk memuja kekacakan Imam-Imam Muda tanpa mengambil intipati berfaedah dari program tersebut.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wanita... (Surah al-Imran, ayat 14)

ana kongsi bersama pendapat al-fadhil Ustaz Azhar Idrus mengenai program ini :


Islam amat menjaga kehormatan dan darjat seorang muslimah kerana kedudukan mereka yang mulia di sisi agama. Ingatlah saudara-saudariku, kadang-kadang manusia rakus  melakukan apa sahaja demi mencapai populariti, kemahsyuran, kekayaan dan pulangan lumayan sehingga menjadikan agama sebagai percaturan.

ana yakin ustazah pilihan yang benar-benar pandai menilai dan memilih tidak sesekali akan menyertai program ini kerana mereka memahami erti sebenar kehormatan muslimah sejati dan tuntutan agama itu sendiri. Sematkanlah dalam dada sabda Rasulullah SAW :

” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki 
daripada (fitnah) wanita.”
[ Hadis Riwayat Bukhari]

*ketika jari berbicara

No comments:

Post a Comment