Monday, 10 September 2012

NUKILAN HAWA




Sebagai seorang manusia, kita sememangnya sukar lari dari fitrah sebenar. Iaitu punya rasa cinta sesama manusia. Kadang-kadang jika kita dah temui seseorang dalam hidup kita, kita susah nak larikan perasaan cinta yang kita ada buat dia. Kita  tak boleh elak perasaan itu walau sekuat mana kita cuba lari darinya. Sampai tahap kita berserah kepada Allah semoga perasaan yang Allah pinjamkan buat kita ini adalah perasaan yang akan membawa kita dekat kepada-Nya. Semoga  Adam yang meneri secebis perasaan Hawa ini adalah Adam yang sentiasa melabuhkan cintanya kepada  yang maha Esa, agar tambah kukuh cinta kita buat Ilahi juga.

Kadang kala kita takut. Kita takut jika kita terlalu mencintainya sehingga sedikit cinta kita buat yang maha Esa, nauzubillah, semoga kita tidak seperti itu .  ada masanya hati jadi gunda, sebab takut Adam itu sudah punya hati terhadap yang lain.  Tapi insyaallah.. jika dia yang tertulis di Luh Mahfuz buat kita, insyaallah sejauh mana kita dan dia, seramai mana muslimat lain disekelilingnya, kita tetap buat dia dan dia buat kita. Amin. 


Ada masanya juga orang tertawakan kita . kita masih muda, jiwa masih mentah, perangai masih kebudak-budakan. Tapi boleh merasai perasaan seperti ini.  Mereka lupa, usia bukan penentu kematangan seseorang. Ini fitrah yang Allah bagi buat kita.


Tapi, layak kah kita buat dia ? bersediakah kita ? siapalah kita ni jika hendak dibandingkan dengan muslimat-muslimat yang lain. Yang lebih teguh iman mereka, yang lebih kuat ukhwah fillah mereka, yang lebih bersih jiwa-jiwa mereka . yang sentiasa berjalan dilandasan ukhwah untuk mendapat redha Ilahi. Sedangkan kita ni yang masih goyah jiwa kita, masih busuk hati kita, belum bersih hati kita,  dan masih belum teguh iman kita…..

Allah.. Engkau tahu apa yang terbaik buat ku… pada Mu ku berserah.. pemilik CINTA YANG SEBENAR-BENARNYA..




nukilan hawa....

Sunday, 9 September 2012

rindu buat abang



( ini gambar masa muda-muda hehe )
Ya Allah.. rindu yang teramat sangat dengan abang-abang ana ni.. Zubair, Zaqwan ,Abu Darda dan Abu Dzar .. :(
sebelum ni ndaa pernah bejauh dengan dorang dalam tempoh yang lama.. kalau dulu time sekolah rendah selalu pegi sekolah sama-sama... pulang sama-sama.. sekolah menengah pun mcm tu.. selalu sama-sama.. pegi sekolah abah hantar sama-sama.. pulang abah ambil sama-sama..

sekarang semua sudah sambung study.. semua sudah jauh-jauh.. ada yang kat seremban.. sarawak.. selangor.. dan ana sendiri kat kk...

semoga perjuangan kita adik-beradik tidak sia-sia.. semoga rindu yang Allah tanamkan didalam hati-hati kita ini sebagai  tali pengukuh ukhwah sesama kita.. amin :(

insyaallah dengan perjuangan sekarang ini akan membawa kita kepada kejayaan yang besar satu hari nanti.. insyaallah dengan usaha kita ni kita boleh bahagiakan umi dan abah.. sudah terlalu kerap umi dan abah membuat kita mengukir senyuman manis.. kini tiba masa kita untuk buat umi dan abah pula tersenyum bahagia dengan kejayaan kita berkat didikan mereka.. amin ya Allah .. T__T


Allah.. sampaikan salam rindu dari adik mereka ini.. :(


abg bai and nenek  ^^

 abg wawan 


abg bujai 


abg dadai 


uhibbuh fillah !



mencari mardhatillah.. semaian cinta part 2


Assalamualaikum dan salam ukhwah semua …
insyaAllah entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini ( semaian cinta 1 )..

oke.. di akhir post ana tentang semaian cinta pasrt 1 ana ada kemukakan soalan kepada sahabat-sahabatkan ? ana tidak akan memberi jawapan itu didalam post kali ini, sebab bagi ana sure sahabat-sahabat dah ada jawapan masing-masingkan ? dan sure sahabat-sahabat semua tahu bagaimana hendak membuktikan jawapan anda kan ? insyaallah .. ^__^
 selepas penceramah mengupas tentang cinta pertama dan kedua, penceramah pergi pula kepada ‘siapa cinta ke 3 selepas Allah dan Rasul’ . macam dalam tajuk buku ni ..


( tapi buku di atas lebih kepada isteri dan suami lah. sebab seperti yang kita tahu jika wanita sudah berkahwin,syurganya di telapak kaki suami bukan lagi di kaki ibu,sbb tu wanita WAJIB taat suami. dan syurga suami pula masih lagi di telapak kaki ibu,sebab tu mcm mna pun lelaki WAJIB taat ibu, jangan 'takut bini' ! tapi, tidak pula bermaksud bhawa pendapat isteri tidak boleh diterima pakai, jika isteri memberi pendapat dngn cara yg betul,seorg yg taat dan bertanggungjawab,gembirakan lah hatinya, tapi dalam entri ini ana tidak mahu berkongsi fasal perkahwinan pula sbb rata-rata dari kalangan kami yg mengikuti qiam hari tu semuanya bujang-bujang masih..haha..dan student maC.. hehe )

oke..oke.. back to da point..

So sahabat-sahabat.. siapa cinta ketiga anda ?
Siapa sekarang yang ada dalam fikiran anda selepas membaca soalan di atas ?
Adakah kekasih ? ibu bapa? Sahabat ? suami ? isteri ?

Pertama : Kepada yang belum berkahwin sudah semestinya IBU kan … sudah tentu cinta ke 3 kita harus dibagi kepada ibu/umi/mama/momy/bonda/omma  kan. Kenapa ? sebab Ibu lah yang telah mengandungkan kita selama 8bulan ..  bukan senang hendak membawa anak yang berkilo-kilo didalam perut. Bukan boleh simpan kat tempat lain sekejap. Lagi pula.. kita sedia maklum yang muslimat mempunyai sifat  yang lemah lembut..penyayang dan penyabar.. dan kerna ini jugalah Allah meletakkan amanah untuk mengandungkan anak didalam Rahim ibu.  Sebab dengan sifat-sifat inilah insyaallah akan lahir seorang anak yang soleh dan solehah sebab telah dikandungkan dengan penuh kasih sayang selama 8 bulan lebih. Darjat seorang Ibu ini Allah naikkan tinggi . sehinggakan dapat syahid jika ibu yang solehah ,kuat beribadat dan taat suami meninggal dunia semasa melahirkan anak.. Subhanaallah !  dan.. dan.. bukti betapa kita sebagai anak-anak ini harus menyayangi ,mencintai dan taat kepada Ibu kerana SYURGA ANAK DITELAPAK KAKI IBU. 



***

Kedua : sudah semestinya selepas ibu kita mesti mencitai Ayah.  Kenapa Ayah/Abah/dady/bapa/appa  ? kenapa ? sebab tidak terkira berapa nilai keringat Ayah yang telah membanting tulang membesarkan kita. Makanan yang kita suap kemulut hasil usaha siapa ? sudah semestinya Ayah kan. Kalau time kecik-kecik Ayah yang selalu hantar kesekolah . ajar kita mengaji, menjadi imam solat. Dan mendidik kita .

Selepas mengupas tentang cinta pertama,kedua dan ketiga, penceramah berkongsi ilmu pula tentang cinta seterusnya. Tapi ana tidak nyatakan disini atas sebab-sebab tertentu lah.


Program ke-Dua :

Selepas program ceramah , kami pergi pula kepada program seterusnya iaitu latihan dalam kumpulan (LDK) yang di handle oleh adik zatie. Dalam program kali ini kami di suruh untuk lukis bentuk ‘love’ .
Alaaaaa… love.. takkan tak tahu kot.. hihi ..selepas lukis bentuk love kami disuruh pula lukis 5 cabang dan catatkan apa yang kami gambarkan tentang bentuk tersebut. Dan inilah hasil lukisan ana.. ^__^


Ok..ok.. tak payah cakap.. ana tahu hodoh .. hehe

Mungkin tak berapa jelas kan..

Cabang pertama :  cinta
Cabang kedua  : sayang
Cabang ketiga : rindu
Cabang ke empat : ukhwah
Cabang ke lima : kayu sugi

Usai lukis-lukis segala kami di suruh pula hantar wakil dari muslimat dan muslimin untuk bentangkan tentang  lukisan kami tadi.


Wakil dari muslimin : Abang hisham ! haha.. yang lucunya abg hisham bukan lukis bentuk love.. tapi bentuk epal.. tersilap dengar katanya.. hihi.. antara yang ana ingat antara 5cabang tu abg hisham tulis : perasaan, nikmat, dan makan. Hehe.. 3 jak yang ana ingat yang selebihnya ana lupa.. mohon maaf yah.. 
Dari 3 tu abg hisham cakap sebab cinta itu satu  perasaan dan juga nikmat yang Allah bagi kedalam hati setiap manusia. Yang makan pula sebab ada antara muslimin yang sekumpulan dengan abg hisham suka makan. Hehe !


Wakil dari muslimat : kak Mia yang commeeyy ! hehe ..  apa yang kak mia tulis kat 5 cabang tu antaranya :cinta,rindu,makan,purple,sahabat . kalau tak silap ana. Minta maaf ye kak mia kalau ada yang salah .
Kak mia cakap bentuk love tu menggambarkan cinta dan rindu.. purple juga sebab kak mia suka warna purple, yang makan tu sebab kak mia pun suka makan ! hehe


Seterusnya,
Hasil dari apa yang kami lukis tu  mana satu cinta yang membawa kami kepada cinta Ilahi dan dekat kepada Rasulullah . dan ana pilih : KAYU SUGI ! sebab tulah ana tulis kat tengah-tengah tu .hehe !


Kenapa KAYU SUGI ? kak mia pun Tanya soalan ni . kenapa ana suka sangat kat kayu sugi ? cuba  teka ? ^^

Sebab kata Rasulullah cintai aku dengan cinta kepada sunnah ku”   dan kita sedia maklum bahawa bersugi  sebelum sembahyang juga adalah salah satu sunnah-sunnah baginda.  Bagi ana, minat kepada kayu sugi inilah salah satu bukti  cinta ana kepada Baginda dan mendekatkan ana kepada Baginda.  Baru-baru ini ana ada juga hadiakan kayu sugi kpd seorang sahabat  . untuk ana membina ladang amal . harap-harap hadiah itu digunakan lah sebelum solat . ^^

Tapi bagaimana pula kayu sugi ini boleh membawa cinta kepada Allah . bagaimana ? cuba teka ? hehe
Sebab ana selalu bersugi sebelum solat. Kayu sugi inilah yang ana selalu guna sebelum menghadap Ilahi.seperti yang kita tahu solat adalah perhambaan kita kepada Allah dan juga ibadah yang diwajibkan kepada ummat islam. Dan dengan melakukan ibadah-ibadah  inilah bukti cinta kita kepada Allah dan bukti ketakwaan kita kepada Allah, pemilik cinta yang sebenar-benarnya.

***

to be continue...








Friday, 7 September 2012

mencari mardhatillah.. semaian cinta part 1

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua SAHABAT seperjuangan ^^
alhamdulillah masih lagi kita di dalam bulan syawal yang penuh mulia setelah ramadhan yang penuh barakah berlalu pergi..




insyaAllah malam ini jawatan kuasa pusat islam uitm sabah akan menjalankan aktiviti Qiam.. dan separuh daripada program telah pun dilaksanakan dengan jayanya ^^

program pertama :
--> program pertama yang dijalankan ialah solat maghrib dan isyak berjemaah bersama SAHABAT-SAHABAT. Alhamdulillah usai solat ada jamuan untuk makan malam sebelum program ceramah di mulakan.
dan apa yang menarik tentang ceramah malam ni adalah tajuk ceramah itu sendiri dan juga penceramah jemputan itu khusus nya. 

apa tajuk ceramah itu agaknya ? ??? jeng..jeng...

"SEMAIAN CINTA" !!

fuuuuyyyoooo.. ! tajuk ceramah pun dah bikin suspen kan ?? 1st ana dengar tajuk ni . apa yang ada dalam fikiran ana adalaaaahhh...... (sila rujuk gambar)


hurm ! confirm habis ! memang dalam kepala ana "ni mesti fasal solat istikharoh ni . mesti fasal cinta-cinta ni." and kalau dah fasal cinta-cinta ni mesti kat dalam kepala kita semua BOYFIE atau GIFFIE kan ? ( ok giffie tu bunyi pelik sikit haha ) and itu lah yang sebenarnya ada dalam kepala ana... Booooooffffiiieeeeee~~~~~ haha ! tapi, ana xda boffie :( sobsobsobsob... T__T tajuk ni tak adil ! kikikikiki ^^

and rupa-rupanya bukan itu sebenarnya . tajuk ini bukan terlalu refer kepada solat istikharoh walaupun tajuk ini hampir kepada maksud itu. tapi tajuk ini lebih kepada  "CINTA ".... tapi.. tapi.. tapi.. 

cinta kepada apa ? kepada siapa ? di mana tahap cinta kita ? bertahan kah cinta kita ? inilah sebenarnya yang  dikupas oleh penceramah jemputan kali ini  yang khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama insyaAllah 3bulan lagi ^^ tahniah ! secocok bannar suami isteri ini :') subhanaallah..

apa yang menariknya tentang inti pati ceramah beliau ialah beliau menekan tentang  RANKING  PERTAMA CINTA MANUSIA... siapa yang sepatutnya berada di kedudukan pertama ini ? siapa ? 


ya...  ! ALLAH  ^_^ ..
Allah lah yang sepatutnya sentiasa berada di kedudukan pertama didalam cinta dan hati kita. kenapa ? sebab dari Dia lah lahirnya perasaan cinta yang wujud dalam diri kita ..Dia lah yang telah meminjamkan kita perasaan cinta . dan sepatutnya kepada dia jugalah kita patut balikkan cinta tersebut.
  
dan kedua , beliau menekan-kan siapa yang patut berada di tempat kedua cinta kita . RASULULLAH .


kenapa Rasulullah ? kenapa ? 
sebab baginda lah yang telah menunjukkan kepada kita melalui sunnah-sunnah nya tentang bagaimana kita hendak meng-eksprisiasikan rasa cinta kita kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. dan baginda jugalah yang telah menunjukkan kepada ummatnya betapa dia menyayangi dan mencintai semua ummat-ummatnya sehinggakan di ambang pemergiannya masih lagi teguh bait-bait "ummati..ummati...ummati.. ".. dan dek kerana sayangnya baginda kepada kita, hinggakan baginda meminta kepada Allah agar pindahkan semua kesakitan sakaratul maut ummat akhir zaman ke atas dirinya. kenapa ? kerana dia tidak sanggup ummatnya merasa bagaimana sakitnya detik-detik itu. 

tapi persoalannya .. sejauh mana cinta kita kepada baginda ?


to be continue.....