Monday, 10 September 2012

NUKILAN HAWA




Sebagai seorang manusia, kita sememangnya sukar lari dari fitrah sebenar. Iaitu punya rasa cinta sesama manusia. Kadang-kadang jika kita dah temui seseorang dalam hidup kita, kita susah nak larikan perasaan cinta yang kita ada buat dia. Kita  tak boleh elak perasaan itu walau sekuat mana kita cuba lari darinya. Sampai tahap kita berserah kepada Allah semoga perasaan yang Allah pinjamkan buat kita ini adalah perasaan yang akan membawa kita dekat kepada-Nya. Semoga  Adam yang meneri secebis perasaan Hawa ini adalah Adam yang sentiasa melabuhkan cintanya kepada  yang maha Esa, agar tambah kukuh cinta kita buat Ilahi juga.

Kadang kala kita takut. Kita takut jika kita terlalu mencintainya sehingga sedikit cinta kita buat yang maha Esa, nauzubillah, semoga kita tidak seperti itu .  ada masanya hati jadi gunda, sebab takut Adam itu sudah punya hati terhadap yang lain.  Tapi insyaallah.. jika dia yang tertulis di Luh Mahfuz buat kita, insyaallah sejauh mana kita dan dia, seramai mana muslimat lain disekelilingnya, kita tetap buat dia dan dia buat kita. Amin. 


Ada masanya juga orang tertawakan kita . kita masih muda, jiwa masih mentah, perangai masih kebudak-budakan. Tapi boleh merasai perasaan seperti ini.  Mereka lupa, usia bukan penentu kematangan seseorang. Ini fitrah yang Allah bagi buat kita.


Tapi, layak kah kita buat dia ? bersediakah kita ? siapalah kita ni jika hendak dibandingkan dengan muslimat-muslimat yang lain. Yang lebih teguh iman mereka, yang lebih kuat ukhwah fillah mereka, yang lebih bersih jiwa-jiwa mereka . yang sentiasa berjalan dilandasan ukhwah untuk mendapat redha Ilahi. Sedangkan kita ni yang masih goyah jiwa kita, masih busuk hati kita, belum bersih hati kita,  dan masih belum teguh iman kita…..

Allah.. Engkau tahu apa yang terbaik buat ku… pada Mu ku berserah.. pemilik CINTA YANG SEBENAR-BENARNYA..




nukilan hawa....

No comments:

Post a Comment