Ya Allah...
andai ada bahagia buat aku,
aku mohon titipkan lah..
namun, andai kesedihan ini membuatkan aku selalu mengingati-Mu
andai pilu ini membuatkan aku sentiasa merintih kepada mu
aku rela bahagia itu tidak bersama ku..
asal aku sering ingat kepada-Mu
kerana disitulah sebenar-benar kebahagian..
Ya Allah..
andai ada rezeki buat aku..
aku minta dekatkan lah..
namun, andai kekayaan menyebabkan aku alpa dan lalai
andai kekayaan membuat aku lupa erti syukur, aku takbur dan riak
aku rela hidup miskin..
asal dengan kemiskinan aku sentiasa mendapat redha-Mu
agar aku sentiasa bersyukur atas nikmat-Mu
kerana disitu nikmat rezeki yang sebenar-benarnya..
Ya Allah..
andai ada kecantikan untuk aku..
aku mohon cantikkan lah..
namun, andai dengan kecantikan itu membuatkan aku lupa diri
jika dengan kecantikan itu membuat aku bangga diri
jika dengan kecantikan itu aku suka di agung-agungkan
aku rela tidak punya rupa
asal dengan kekurangan ini aku selalu ingat untuk rendah diri
dan dengan kekurangan ini dapat menghindari aku dari fitnah..
kerana kecantikan sebenar datang bersama iman..
No comments:
Post a Comment