Saturday, 30 June 2012



ASSALAMUALAIKUM
^__^

Apa khabar kawan-kawan ?
sudah solat ?
makan ?
study ?
Alhamdulillah kalau dah <3

insyaallah kali ni saya mau kongsi hidup sebagai seorang siswi <3

ehem.... memang ndak sangka rupanya sudah jauh pengambaraan saya menjadi seorang  pelajar... dolu-dolu..masa masih di sekolah menengah selalu terfikir..

" lepas habis tingkatan5 ni mau sambung kemana lah ni ? dapat kah smbng belajar lgi ni ?"

dan Alhamdulillah ... 
ALLAH masih bagi rezeki  lagi... dan rezeki itu jatuh di bumi UiTM...sebagai seorang yang sentiasa jauh tersisih  saya sendiri suprise saya dapat sambung belajar di UiTM..hebatkan pengaturan hidup saya yang Allah  berikan.. ^__^

apa yang saya  HARAPKAN semoga perjuangan saya ni ndak setakat disini jak..
moga-moga panjang perjalanan hidup saya sebagai seorang siswi.. ndak  mau lah sangkut di sem1 jak.. ( kena kuatkan usaha!) ...

dan untuk kekal disini saya berpegang kepada ni
.
.
.
.

yup..mesti selalu jaga diri..makan on time..tidur yang cukup..supaya badan sihat !!!  baru lah semangat mau study ! tak malas-malas datang kelas.. 
^__^

JAGA IMAN !  ini paling penting.... mesti selalu jaga iman...cari kawan-kawan yang baik-baik..yang selalu ingatkan kita dengan Allah ...supaya iman kita teguh..biar kita dikelilingi oleh orang-orang yang akan mengingatkan kita dengan Allah <3

jangan cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang sosial...

hidup di campus ni memang banyak cabaran..memang kita akan jumpa bermacam-macam-macam jenis kawan...jadi terpulang dengan kita kawan mana satu yang menjadi pilihan kita..tapi jangan pula kita sisihkan kawan-kawan yang kurang akhlaknya  ..kita dekati dia..dan bawa dia perlahan-lahan berjalan dilandasan yang betul...
ya saya tahu saya pun tidak lah se-alim mana.. bab fekah pun saya tak lepas..tapi perkara-perkara begini lah yang buat saya muhasabah diri saya sendiri...
takkan nak masuk syurga sorang-sorang kot ? ^___^

JAGA HATI..... mesti selalu jga hati...tetapkan nawaitu..nawaitu sebagai seorang pelajar dan seorang islam...dan setia..jangan curang-curang .. haha ! suspen lah tu !
setia pada yang Esa <3
baru lah hati terjaga...
and the most important is ..jaga hati daripada lelaki..jangan cepat ter-cair !
jangan biar hati lemah dengan lelaki-lelaki yang handsome-handsome (hahaha)...
tetapkan hati di buku dan sejadah..
baru hati terjaga <3
(berapa kali dah ulang ayat "hati terjaga ?)

insyaallah...dengan ada nya tiga perkara yang perlu dijaga ni saya boleh tempuh kehidupan di bumi UiTM..amin ..  
^___^



p/s : saya sayang semua kawan-kawan sekelas saya ! <3

Wednesday, 13 June 2012

YA ALLAH...

andai dapat ku ungkap keresahan hati ini..
andai bisa ku bisikkan ke telingah dunia betapa aku terasa kehilangan mereka..
biar seluruh dunia tidak mempercayai aku,
jangan mereka yang  kusayangi hilang kepercayaan kepada ku..
kerana tidak aku ingin  menjadi seorang yang sukar dipercaya..


Kau Maha Mengetahui betapa aku ingin lepas dari semua ini..
tapi kenapa masih ada diantara mereka yang mengikat aku..
aku menginjak dewasa...
biar aku telusuri hidupku..
untuk aku melihat dimana pembohongan dunia
dan dimana keadilan dan kejujuran mereka..


kenapa mereka begitu ?
jangan kerana kedaiffan kami dihina
kerana dimata Mu kami semua sama..


mereka tunjuk kesana..
aku patuh dan pergi..
mereka tarik kesini
aku patuh dan pergi..
namun kenapa masih ada yang tidak percaya 
kenapa masih ada diantara mereka yang meragui aku ?
sedangkan apa yang aku lakukan sekarang adalah apa yang mereka ingin aku lakukan..


jika tidak ingin aku hanyut..
maka kurunglah aku dirumah..andai itu lebih menyakinkan kamu..
andai sukar menjaga aku
maka kahwinkan aku..agar terlepas tanggungjawab kamu.....





mimpi oh mimpi


 hurm...
mimpi itu..masih menghantui ~~~
ingin rasanya kita beri tahu empunya badan yang dia selalu hadir dala mimpi kita..
tapi..


kita malu..
nanti dia fikir lain..
entah kenapa setiap kali kita nampak dia kat sini kita jadi segan nak tngok dia...= = '
takut nak bertentang mata ngan dia..takut nanti dia perasan yang jantung kita berdegup melihat dia...


tapi..bodohnya kita..
sebab mimpi tu kita macam berharap yang dia akan menjadi khalifah buat kita...
sedangkan siapa lah kita jika nak di bandingkan dengan muslimah-muslimah disini yang jauh lebih baik daripada kita.. +.+









Assalamualaikum...





"anak-anak adalah rezeki terbesar Allah "



anak pertama ...








anak ke-2











anak ketiga & empat 


eh?... kenapa dorang sekali ?














sebab dorang kembar..hehe..abu dzar n abu darda..
sekarang menuntut di Universiti islam As-sofa dalam program intensif bahasa arab and syariah...
doakan moga mereka berjaya ya ^___^

anak ke-5..




eh ? mna anak ke-5 ni ? anak patung ke?hehehe..




anak ke-6 




anak ke-7






anak ke-8








anak ke-9








anak ke 10 !












PERMATA HATI...~~




p/s : ini bukan anak saya ya...anak umi and abah saya tau ! hehe




^_____^

Tuesday, 12 June 2012

kenapa mimpi itu ?

Assalamualaikum <3




kawan-kawan..
kamu pernah kah mimpi benda yang sama berturut-turut ?
lepas dapat mimpi gitu terus kamu solat minta petunjuk Allah agar mimpi itu tidak datang lagi..tapi Allah tetap datangkan mimpi itu di setiap tidur kamu..pernah ???


hari tu saya ada dengar ceramah dari sorang ustaz ni..
kalau kita tido dalam wudhuk..apa yang kita mimpi malam tu semua betul..bukan mimpi mainan syaitan..

hurmm..
brapa hari lalu saya asyik mimpi fasal sorang muslimin ni...

occay.. gini,,,
1st muslimin ni selalu masuk dalam mimpi saya...
and situasi mimpi tu susah saya nak gambarkan..
lebih  kurang 2malam gitu saya mimpi fasal dia...
so keesokan harinya masa saya solat subuh di pusat islam uitm..
(peristiwa ni berlaku semasa orentasi pelajar baru di uitm sabah)

selepas solat sunnat wudhuk..
sya solat sunnat 2rakaat lagi..
pastu saya doa moga-moga diberi petunjuk tentang mimpi tu..

lepas solat subuh jemaah ngn pelajar-pelajar lain kami diberi sedikit tazkirah oleh ustaz Puad..
entah kenapa saya mengantuk sangat !
ndak dapat di tahan lagi !
terus saya pun terr--landing...~~~~

zzzZzZZZZzz....

tiba-tiba !
.
.
.
.
.
.

dia masuk lagi dalam mimpi saya selepas saya minta doa agar diberi petunjuk..
kenapa kali ni mimpi itu benar-benar jelas ??
saya mimpi itu di rumah Allah...
Pemberi segala jodoh pertemuan.....


p/s : YA ALLAH..andai mimpi itu Kau datangkan untuk menrungkai segala doa maka dekatkan hatinya dengan hati ku <3







Sunday, 10 June 2012

nanti ? kalau terlambat ?

Assalamualaikum dan salam ukhwah....
hari ni berhujan sya dan kawan2 jalan p g beli barang keperluan kawad..fuhhh...
tapi Alhamdulillah, semuanya dah selesai n selamat sampai ke hostel.

ok..ok...back to da point...

nak tanya ni.. ada tak gambar kita kat facebook ?
gambar yang pakai tudung ?
gambar yang tak pakai tudung ?
gambar yang seksi ?
atau gambar2 yang tai sepatutnya d dedahkan ?

kalau tak da Alhamdulillah.... ^__^

tapi sya yakin kawan-kawan ndak bah kan kaC letak gambar yang tak elok d facebook kan ?
Alhamdulillah .. <3


tapi ni hanya sebagai peringatan buat kita..
buat saya n buat kawan2 muslimah sekalian... <3






p/s : amacam ? rase-rase ada tak pic kita kat dlm fb tuhh ??  ^__^

Saturday, 9 June 2012

Bagaimana Cinta Kita Pada Rasulullah.?



Labels: Kisah Teladan


Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,

Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Pernah ana terdengar sebuah cerita melalui kuliah Ustaz Abdul Basit baru-baru ni kisah tentang hamba sahaya Rasulullah bernama Tsauban.Kisah ini sangat menarik di mana terserlahnya cinta sejati,luhur yang terbit dari hati Tsauban kepada Rasulullah SAW.
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69) .Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketauhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."

Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang- orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)

Dari Anas, dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?' Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, "Cinta pada Allah dan Rasul-Nya." Lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.'"
Anas berkata, "Sungguh kami tidak merasakan setelah Islam kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan Rasulullah, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.""
Anas berkata, "Sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap bisa berkumpul dengan mereka meski aku belum beramal seperti mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Satu persoalan,bagaimanakah cinta dan kasih sayang kita sebagai manusia yang lemah,dhoif,kurangnya ilmu,banyaknya silap terhadap Nabi kita yang sarat dengan mehnah,Khibrah,hidayah,ilmu,kepakaran dan suci dari dosa.AllahuAkbar..!!
Cukupkah dengan sunnah harian yang kita lakukan.Cukupkah dengan Ilmu yang kita dalami di sekolah,kolej,university dan sebagainya??.Itulah perlunya amalan ‘Muhasabah Diri’ dan ‘Tazkiya al-Nafs’..Sama-sama hayati kisah Tsauban ini.Ayuh,pertingkatkan amalan untuk bekalan dibawa ke akhirat.



p/s : wahai Rasul kau lah segalanya cotoh terbaik..ummat akhir zaman...

BATAS IMAN DAN KUFUR.

Iman itu sangat berharga,
Jadi perisai kepada noda,
Boleh bertambah berkurang juga,
Menjadi syarat untuk ke syurga.

Hindarkan perkara yang membatalkannya,
Amalkan perkara yang meningkatkannya,
Banyakkan amal setiap masa,
Itulah amalan insan bertaqwa.

Kufur pula sangat merbahaya,
Boleh membawa kita ke neraka,
Mendapatkannya senang sahaja,
Jauhi perintah dekati laranganNya.

Ayuhlah bersama wahai saudara,
Tingkatkan iman di dalam dada,
Jauhi kekufuran di dalam jiwa,
Agar hidup aman bahagia.




Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu cantik dengan hiasan yang indah,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak cantik,
Malahan keayuanmu di hijab dari pandangan liar.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu riang berhibur dan berlagu,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna hatimu tidak terhibur,
Malahan hatimu terhibur oleh alunan wahyu yang Esa.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu asyik berpasangan dibuai cinta,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tiada cinta,
Malahan cintamu adalah cinta hakiki kepada Allah dan rasulNya.

Malumu umpama perisai yang ampuh dari serangan noda,
Taatmu umpama tali-temali pengikat persaudaraan,
Jagalah dirimu wahai puteri solehah,
Semoga dikau beroleh kemenangan.


"Sekiranya aku syahid disini wahai Yazid (ketua panglima Bani Umaiyyah, kalian kuburkan aku ditepi benteng Konstantinopel, kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja ketika mereka menawan Konstantinopel"-Abu Ayyub al-Anshari

“Pemuda ialah sebuah tangga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”-Fathi Yakan.

"Dimana jalan pulang?Laut berada dibelakang kalian,musuh pula berada dihadapan."-Tariq bin Ziyad

"Mengetahui diri sendiri lebih rumit daripada mengenali musuh"-Sahl bin Abdullah

"aku adalah panah daripada panah-panah Islam'maka tujukanlah aku kemana sahaja engkau suka"-Saad bin Abi Waqas

"aku berjanji tidak akan berada di barisan terakhir sepanjang masa"-Abu Dujanah Ra

“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.”-Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah.

"Sebelum menjalankan hukuman mati, Khubaib bin Adi meminta untuk dapat solat dua rakaat. Lalu, Khubaib berkata, "Seandainya bukan, kerana dikira takut mati, maka Aku akan menambah jumlah rakaat."Suku Quraisy bertanya kepada Khubaib bin Adi, "Bagaimana jika Rasullullah menggantikan posisimu?" Khubaib menjawab, "Demi Allah, Aku tidak rela bila Aku dalam keadaan sihat bersama keluargaku, sedangkan Muhammad tertusuk duri."-Khubaib bin Adi (Bani Aus)

"Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia.Saya akan menerima ganjaran daripada ALLAH sahaja"-Imam Hasan al-Banna

"Dalamilah Ilmu sebelum kamu memimpin"-Umar al-Khattab

"aku menyerahkan jiwaku kepada Allah,mudah-mudahan Allah membuka pintu kemenangan kepada kita.Siapa yang mahu mengikuti aku,silakan"-AzZubair bin Awwam

setiap sesuatu itu ada hikmah tersembunyi

Assalamualaikum...Allahamdulillah...hari ni dah seminggu sya di Bumi UiTM (again) ..
walaupun perit rasa hati ni menanggung rindu dengan adik baby and umi..tapi perjuangan perlu di teruskan juga :)....

masa gagal paper math hari tu mang down sudah...sampai termenangis..sebab sya tahu mcm mana work hard nya sya time exam math tu..tapi Allah penentu segalanya...setiap sesuatu itu berlaku dengan kehendaknya...dan mungkin usaha sya tidak sekuat mana lagi..

setelah saya kecewa dengan result tu, terfikir la pula mau kerja...ndk la mau study ni..tapi Allah buka pula satu pintu lain untuk sya...

paper gagal tu boleh d repeat semula..punya happy ! Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah...setelah dia buat kita bersedih rupanya ada kebahagian yang ingin di gantikan Nya....Subhanallah !

so,sya gunakan peluang itu untuk menebus kekalahan dahulu..and Alhamdulillah sya lulus dan sekarang belajar Diploma in business study part 1..hehe

sekembalinya ke bumi UiTM ni membuka semua lembaran baru dalam hidup saya dan juga siswi-siswi yang lain...semoga di sini menjadi asbab pintu rezeki sya dari Allah yang Maha Kaya <3



UiTM di <3 KU !

doa rabiatul addawiyah ^__^

YA ALLAH..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA

DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN

YA ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA

ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA

TETAPI YA ALLAH..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU

AMINN YA RABBAL ALAMIN...

minggu destini siswa UiTM sabah

Assalamualaikum ,salam satu ukhwah dan salam satu UiTM di <3 ku...
akhirnya selesai jgak M.D.S . kali ni baru lah sya attend orentasi sepenuh masa ! hehe
sebab mds sebelum ni sya ndak attend semua,sebab sakit lah,kaki patah lah..ehh..macam-macam-macam lah..
syukur kali ni Allah berikan kesihatan, dpat jgk sya rasa suasana mds.

pertama-tama berjuta-juta-juta  ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua kakak PM and abang PM yang menjaga dan memantau kami selama minggu mds dijalankan. tanpa abang2 n kakak2 PM semua mungkin mds kita ni tak berjalan dengan jayanya. so far mds kali ini memang best ( ndak tau lah napa ada yg ckp mds ni ndk best,masing2 ada pendapat masing2 la tu) .

mungkin siswi dan siswa yang baru ni ndak tau mcm mana mds kami hari tu..lagi penat..kami yang siswi ni p gym turun guna tangga dpim tu. alhamdulillah kali ni ringan sikit,takda dah naik tangga tu.hehe. sebab d situ la kaki saya terseliuh, thanks tangga ^__^
kalau habis program di gym,naik p cluster pun guna tangga dpim tu. jarang kami naik bas. tapi Allahamdulillah, kali ni macam banyak dah yang di ringan kan .. thanks kakak2 PM ! :)

kalau setakat mendaki p g PI tu drg mau merungut..kirim salam lah..kami pun mds 2sem lalu mendaki jgk p sna..bukan naik bmw ^__^  jangan merungut..kita p g rumah Allah bah tu...kamu ndak rasakah setelah penat lelah kita mendaki p PI Allah bagi kita kemanisanNya  sesudah sampai d masjid UiTM tu..kuat angin..solat jemaah..luas...ada yang siap tido-tido lagi ^__^


and iklas dari hati saya, saya mau ucapkan berbunga terima kasih kepada kak Rini yang sanggup basah2 hantar saya p g klinik likas..malam lagi tu... terima kasih kak ! syg kak Rini ! <3
tak lupa jugak ngan kak darlin and satu org kakak lagi tu,.saya lupa nama dia..tapi thanks ya kak ! ^_^
kalau bukan sebab kamu mungkin saya ndak tau sama sapa mau minta tolong :)

to kak nazierrah --->
terima kasih kak ! ^_^ kakak the best ! kakak ndk paya lah layan orang2 yang ndk suka kakak tu...Allah bagi pahala tu :) .  1st time bha tu drg ikut mds..jadi dorang ingat ada kekejaman berlaku. haha !  pdahal memang bgini lah cara hidup selama mds.

kalau bukan kakak yg bising2 kaC bngun kami subuh2,mungkin kami ndak kan merasa suasana pagi di bumi UiTM.   kalau turun dari PI after prayer memang suasana nya best tahap gaban ! tu yang kalau sakit macam mana pun saya tatap mau naik p g tu PI. thanks kak !

and ..kak..di sini juga saya ingin menghulur berjuta kemaafan seandainya kami siswi-siswi ni banyak menghiris hati kakak. samaada yang tersengaja mahupun tidak. kemaafaan kakak amat kami harapkan agar tidak menjadi 'pemberat' buat kami d sana nanti . ^__^

ala maklum panorama dunia kak, manusia memang suka buat kesalahan demi kesalahan. tidak ada manusia yg x lakukan kesalahan kan ? jadi once again, minta maaf  atas semua kesalahan kami dan terima kasih sebab jadi mama kami selama 1minggu ni ^__^

to abg sadam--->>
 saya suka apa yang abg sadam cakap time mlm penghayatan tu. semuanya  betul dan ndak bleh d tolok dek akal. terima kasih atas semua nasihat abg sadam yang amat membuka minda saya malam tu. ndak tau lah kalau ada yang ndak puas hati ma apa yg abg sadam ckp malam tu, up to them. i dnt care. org yg gitu drg fikir drg cukup bagus sudah kali..hehe....apa-apa pun doa kan lah semoga kami semua berjaya ^__^

to abg azwan -->
Assalamualaikum bang.. terima kasih sebab menjaga kami semua selama 1minggu ni. terrrrbbaaaeekkk ! ^___^
kepimpinan abg azwan memang terserlah ! doakan kami anak didik mds abg azwan ni berjaya dunia dan akhirat :)


and to semua kakak n abg PM yang tak tersebut nama, saya dengan rendah hatinya memohon kemaafan seandainya kami(siswi) banyak menyusahkan kamu semua. :(

kak..bang...tanpa kamu mungkin kami ndak tau mau buat apa..kali mamai-mamai semua nya..hehe
mungkin ada sesetengah dari siswa dan siswi happy sebab mds sudah berlalu. tapi saya rasa susah hati pula, sebab terasa macam ndada sudah yang tengok2-kan kami. tiada sudah yang tanya khabar kami,tiada sudah yang bawak kami main nyanyi rumput2..hehe...and semua la bah..hihi...

diharap semoga ukhwah kita yang terbina selama seminggu ni berkekalan ^__^


p/s : also..i want to say thank youuuuu  to kak nazihah sebab selalu jak tnya kalau saya ok ..thanks kak ! :)
malam yang saya asma tu kakak la yg paling bnyk bantu saya ^_^ semoga jasa kakak2 semua di balas baik oleh Allah yang Maha Segalanya ..amin :)



kakak PM cantik..kakak PM cantik..kakak PM memang cantik2...
abang PM hensem,abg PM hensem,abe PM memang hensem2 ...
hehe !



UiTM di <3 ku ... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!