Saturday, 9 June 2012


BATAS IMAN DAN KUFUR.

Iman itu sangat berharga,
Jadi perisai kepada noda,
Boleh bertambah berkurang juga,
Menjadi syarat untuk ke syurga.

Hindarkan perkara yang membatalkannya,
Amalkan perkara yang meningkatkannya,
Banyakkan amal setiap masa,
Itulah amalan insan bertaqwa.

Kufur pula sangat merbahaya,
Boleh membawa kita ke neraka,
Mendapatkannya senang sahaja,
Jauhi perintah dekati laranganNya.

Ayuhlah bersama wahai saudara,
Tingkatkan iman di dalam dada,
Jauhi kekufuran di dalam jiwa,
Agar hidup aman bahagia.




Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu cantik dengan hiasan yang indah,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak cantik,
Malahan keayuanmu di hijab dari pandangan liar.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu riang berhibur dan berlagu,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna hatimu tidak terhibur,
Malahan hatimu terhibur oleh alunan wahyu yang Esa.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu asyik berpasangan dibuai cinta,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tiada cinta,
Malahan cintamu adalah cinta hakiki kepada Allah dan rasulNya.

Malumu umpama perisai yang ampuh dari serangan noda,
Taatmu umpama tali-temali pengikat persaudaraan,
Jagalah dirimu wahai puteri solehah,
Semoga dikau beroleh kemenangan.


"Sekiranya aku syahid disini wahai Yazid (ketua panglima Bani Umaiyyah, kalian kuburkan aku ditepi benteng Konstantinopel, kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja ketika mereka menawan Konstantinopel"-Abu Ayyub al-Anshari

“Pemuda ialah sebuah tangga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”-Fathi Yakan.

"Dimana jalan pulang?Laut berada dibelakang kalian,musuh pula berada dihadapan."-Tariq bin Ziyad

"Mengetahui diri sendiri lebih rumit daripada mengenali musuh"-Sahl bin Abdullah

"aku adalah panah daripada panah-panah Islam'maka tujukanlah aku kemana sahaja engkau suka"-Saad bin Abi Waqas

"aku berjanji tidak akan berada di barisan terakhir sepanjang masa"-Abu Dujanah Ra

“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.”-Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah.

"Sebelum menjalankan hukuman mati, Khubaib bin Adi meminta untuk dapat solat dua rakaat. Lalu, Khubaib berkata, "Seandainya bukan, kerana dikira takut mati, maka Aku akan menambah jumlah rakaat."Suku Quraisy bertanya kepada Khubaib bin Adi, "Bagaimana jika Rasullullah menggantikan posisimu?" Khubaib menjawab, "Demi Allah, Aku tidak rela bila Aku dalam keadaan sihat bersama keluargaku, sedangkan Muhammad tertusuk duri."-Khubaib bin Adi (Bani Aus)

"Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia.Saya akan menerima ganjaran daripada ALLAH sahaja"-Imam Hasan al-Banna

"Dalamilah Ilmu sebelum kamu memimpin"-Umar al-Khattab

"aku menyerahkan jiwaku kepada Allah,mudah-mudahan Allah membuka pintu kemenangan kepada kita.Siapa yang mahu mengikuti aku,silakan"-AzZubair bin Awwam

No comments:

Post a Comment