Wednesday, 13 June 2012

YA ALLAH...

andai dapat ku ungkap keresahan hati ini..
andai bisa ku bisikkan ke telingah dunia betapa aku terasa kehilangan mereka..
biar seluruh dunia tidak mempercayai aku,
jangan mereka yang  kusayangi hilang kepercayaan kepada ku..
kerana tidak aku ingin  menjadi seorang yang sukar dipercaya..


Kau Maha Mengetahui betapa aku ingin lepas dari semua ini..
tapi kenapa masih ada diantara mereka yang mengikat aku..
aku menginjak dewasa...
biar aku telusuri hidupku..
untuk aku melihat dimana pembohongan dunia
dan dimana keadilan dan kejujuran mereka..


kenapa mereka begitu ?
jangan kerana kedaiffan kami dihina
kerana dimata Mu kami semua sama..


mereka tunjuk kesana..
aku patuh dan pergi..
mereka tarik kesini
aku patuh dan pergi..
namun kenapa masih ada yang tidak percaya 
kenapa masih ada diantara mereka yang meragui aku ?
sedangkan apa yang aku lakukan sekarang adalah apa yang mereka ingin aku lakukan..


jika tidak ingin aku hanyut..
maka kurunglah aku dirumah..andai itu lebih menyakinkan kamu..
andai sukar menjaga aku
maka kahwinkan aku..agar terlepas tanggungjawab kamu.....





No comments:

Post a Comment