Tuesday, 28 August 2012

privatekan yang private..








Salam dan apa khabar semua ?


Bagi aku kadang-kadang ada sesetangah perkara yang kita tak perlu kongsi dengan pasangan kita, lebih-lebih kalau hanya bergelar boyfriend or girlfrien. Aku bukan jenis yang suka kongsi masalah personal aku dengan pasangan aku. Lebih-lebih lagi kalau masalah itu bersangkut paut dengan masalah keluarga. Sebab aku tak suka buat tanggapan yang tak baik tentang family aku dengan pasangan aku. And as we know, mesti kita tak nak buruk depan pasangan masing-masing kan ? so surely kita akan cerita benda yang dimana kita betul SAHAJA. Part yang kita salah confirm kita tak ceritakan ? sebab kita tak nak kita jahat dan buruk dimata pasangan kitakan ? so begitu jugalah tanggapan aku, kalau semua benda personal aku nak cerita kat pasangan aku lebih-lebih lagi bab yang  berkaitan  keluarga, aku takut nanti aku dah buat tanggapan yang tak baik tentang family aku dengan pasangan aku.
Tapi tak semua yang merasakan hal yang sama seperti aku rasakan. Ya ofcoz ! setiap orang ada pendapat masing-masingkan. And I respect that, and you should respect my opinion too. Kadang-kadang aku terkilan dengan perangai sesetengah orang diluar sana yang suka cerita tentang masalah dia dengan family dia kat gf/bf dia.(eh?)
Ya, tak salah sebenarnya.. sebab kadang kita perlukan seseorang tempat untuk kita kongsi masalah.. tempat untuk kita mengadu dan minta pendapat or nasihat. Tapi jangan sampai kita memburukkan family kita sendiri. Takut nanti orang hilang respect dengan family kita. Susah tu.
Apa yang aku perhatikan sesetengah kawan aku kat campus suka sangat kongsi masalah family diaorang kat bf/gf dorang. Dan kadang ada yang sampai tak sedar yang dia sudahpun memburukkan family dia. Asyik cerita tentang salah family dia , tapi part yang dia salah langsung dia tak cerita. It’s not fair . kenapa takut cerita benda yang kita salah ? SEBAB KITA TAKUT NANTI GF/BF KITA INGAT KITA NI JAHAT kan ? so kenapa tak takut nanti bf/gf korang berfikiran yang family korang jahat ? (eh?)
No comment .
Ada masanya kita perlu private kan yang private. Jangan lah semua benda kita nak cerita kat bf/gf kita. Belum jadi laki/bini korang pun.  ^__^ (sory)
Ingat, ada lagi yang sedia menerima dan mendengar luahan hati kita. Ya, Allah . mengadu dan luah dengan Allah. Insyaallah akan di ilhamkan jalan penyelesaian. Kalau kita dah buntu, cuba mengadu dengan Allah dan minta diberi petunjuk penyelesaian. Allah tu Maha Mengasihani, insyaallah Dia akan bantu kita dalam menyelesaikan masalah.
Tapi kita lebih percaya dengan manusia. Kita tak yakin dengan batuan Allah. Sebab tu kita tak nak mengadu kat Dia. Sedangkan kita tahu ujian dan dugaan yang kita terima itu datang dari Dia, dan ada pada-Nya penyelesaian.

Waulahualam.

Tuesday, 21 August 2012

Sinar ramadhan di perantauan…


Sinar ramadhan di perantauan…



Dulu kita selalu dengar tentang anak-anak watan yang tidak dapat pulang menyambut bulan mulia bersama keluarga kerana menuntut ilmu diperantauan atau mencari rezeki di negeri orang.. dan mungkin ada diantara kita yang tidak pernah merasai pengalaman ini..
Tapi percayalah…sesiapa pun kita, apabila di bulan mulia ini kita berjauhan dengan keluarga pasti kerinduan akan menggamit diri.. ya.. tak sama antara menyambut ramadhan di tempat sendiri dengan di tempat orang .. kan ? bagi yang sedang melalui keadaan ini pasti faham apa yang saya cuba sampaikan…
Kalau dulu perkara ini hanya pernah saya dengar di corong-corang radio..di mana lagu-lagu mengenai anak watan yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga.. dan lagu seperti ini tidaklah terlalu saya hiraukan..sebab saya tidak berada disituasi itu..

Tapi sekarang… saya kini mula merasai perasaan itu…apabila satu ramadhan tidak dapat dikongsi bersama keluarga.. apabila sajian sahur hanyalah sebungkus meggie rendam dan kopi panas…dan sajian berbuka pula hanyalah nasi lemak yang dijual oleh senior dan juga air tin sebagai pembuka selera…
saat ini baru lah terasa betapa pentingnya kehidupan keluarga didalam hidup kita.. dan saat ini baru lah tercari-cari dimana masakan emak… d mana suara ayah yang selalu kejutkan kita bila sahur… ohhh..rindu suasana itu…
dan laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran kini hanya kita nantikan di corang-corong radio cell phone.. L
uhhh…
tapi semua ini tidak menjadi penghalang untuk kita tidak Berjaya…bukan penghalang untuk kita tidak belajar bersungguh-sungguh…malah seharusnya pengalaman ini kita jadikan sebagai pengajaran hidup yang akan mengajar kita erti  kesukaran hidup ditempat orang…
dan saat-saat ini jugalah dengan tidak sedarnya telah memupuk sifat rindu dan sayang kepada ahli keluarga kita.. tidak dapat dinafikan apabila kita sentiasa berada dipangkuan keluarga kita tidak terlalu ada perasaan rindu..sebab hari-hari Nampak kan ?
tapi sekarang perasaan rindu itu membuak-buak…macam tak sabar nak jumpa ibu dan ayah,.,dan tak sabar dengan kenakalan adik-adik… uhhh… indahnya saat-saat itu J

so , kawan-kawan yang senasib dengan saya jangn bersedih yah !
nanti raya kan kita pulang juga … so simpan perasaan rindu tu banyak-banyak ! ^__^

Monday, 13 August 2012

ramadhan leaving.. aidilfitri coming...


Assalamualaikum dan salam ukhwah buat kawan-kawan ^__^

Dengan izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dalam beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita :'( dan aidilfitri bakal menyusul..

persoalannya....

sejauh mana ibadah kita dibulan ramadhan yang mulia ini ? adakah kita mengakhiri bulan barakah ini dengan  zikir kepadanya ? atau dengan sembahyang berjemaah di surau2 atau masjid2? ataupun mungkin ada diantara kita yang mengisi 10malam terakhir ini dengan tadarus alquran dan juga beriftikad di masjid2 dan surau2..

kalau itu yang dilakukan Alhamdulillah ^__^.. insyaallah Allah gandakan pahala kita yang beribadah seiklas hati...

TAPiiii...
kalau yang habiskan bulan ini dengan....
hurm.. tak mau cakap ! takut jadi fitnah..





ok..ok.. apa-apa pun insyaallah raya akan menyusul... mesti ramai yang telah membuat persedian untuk menyambut Hari raya kan ? 

INGAT !

berbelanja ikut keperluan.. bukan kehendak... ^__^
ingat.. masih ramai kawan-kawan kita diluar sana yang tak mampu membuat persiapan raya.. kadang ada yang pakai baju yang dah bertahun-tahun di pakai waktu raya.. dan ada juga yang langsung xda... :'(

so.. bersyukur dengan apa yang ada ok.. ^__^

dan disini juga saya Ayunie memohon sejuta kemafaan kepada kawan-kawan diluar sana . manatahu selama saya bergelar blogger ni saya ada ter-post fasal sesuatu yang anda tak suka.. hihi.. kita manusia biasa.. dan sentiasa berdiri di bawah pendapat sendiri.. apa yang saya kongsikan didalam blog ni adalah dari pendapat saya sendiri.. dan ada yang saya ambil sedia dari entri kawan-kawan lain untuk dijadikan bahan perkongsian ilmu :) 

apa yang baik tu jadikan pedoman dan yang kurang baik itu jadikan pengajaran buat diri kita sebagai makhluk Allah yang daif dan tak lepas dari melakukan kesilapan..

semoga Allah beri lagi kita kesempatan untuk berjumpa dengan bulan ramadhan dan aidifitri di tahun akan datang ^_^ .. insyaAllah...




Saturday, 11 August 2012

ZINNIRAH.. mata kasarnya buta, mata hatinya celik

KISAH ZINNIRAH




Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Thursday, 9 August 2012

Bahagia bersama family UiTM

Assalamualaikum  and salam ukhwah ^__^
baru-baru ni ( 8.8.2012) kita celebrate birthday kawan..

SHARIFAH KHALIDAH

actually ndak rancang mok celebrate birthday dia... sebab plan awal kitaorang mok pi buka puasa ngan kawan-kawan kat 1borrneo jak.. tapi kebetulan pula dia pnya birthday kan.. so kita pun wat kejutan kecil lah untuk dia.. kita pun tak tau nak celebrate mcm mana.. haha.. kita ada belikan dia coklat kek ! seddaaappp ! walaupun sederhana tapi yang penting ikhlas ! ^__^


ok..ok.. cake ni memang nampak macam biasa sngt.. tapi sedaappp tau.. actually kami ada juga cari cake lain..manatau ada yang lebih cantek dan sedap kan.. tapi xda pula.. cake ni jak yang kami rasa paling cute.. hihi...  beside birthday girl kami ni suka coklat and chess cake.. but there's no chess cake we found :'(

and to our lovely birthday gurl 


SELAMAT HARI TUA for you okay ! hehe..

and here the girl's !  ^__^





she name NIzan :)







sory camera xcantik sngt ! hihihi ^__^

p/s : saya ada ke tak dlm semua gmbr ni ? hihi..jengjeng...

Wednesday, 8 August 2012

10 malam terakhir..



Assalamualaikum dan salam satu ukhwah :)

Alhamdulillah.. akhirnya malam-malam yang dinantikan kini telah tiba..
10 malam terakhir..
Kenapa Allah masih beri kita kesempatan untuk kita bertemu dengan malam yang mulia ini ?
Allahuakbar…
Sebab Allah sayang .. Allah sayang kita.. Dia mahu kita mendapat ganjaran di malam yang mulia daripada 1000bulan.. 
Subahanaallah..
 Hebatnya rezeki kita… Hebatnya pengaturan Allah buat hambahnya yang beriman..

 ingat ! ini lah kesempatan kita untuk beramal se-ikhlas2 nya… beramal dan beribadat sebanyaknya… dan lebih baik lagi kalau amalan ini di istiqomahkan sehingga kehari-hari biasa  ^__^




Apa hebatnya Malam Al Qadar ni ?

Allah telah mengistiharkan bahawa malam lailatul qadar ada lah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.. dan siapa yang memuliakan al qadar ini dan berbuat kebaikan di malam ini akan digandakan pahalanya seperti 1000 bulan ada juga yang mengatakan 1 pahala digandakan kepada 70 .. subhaannallah ! hebatnya…

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

So , jom ! sama-sama jadi baik ! ^__^


Pesanan Roh Kepada Manusia



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikatkan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku,aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing - masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguh- nya bagi mereka
yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari adanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya
yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S.akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah
hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berziki kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran
dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman
itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya
tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.


P/S: Kalau rajin atau bila ada masa... Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rasulullah ajar cara nak pilih kawan !


 
MANUSIA dijadikan Allah di bumi ini tidak
bersendirian. Ini adalah di antara hikmah tersirat Allah di sebalik penciptaan manusia pelbagai
bangsa, warna dan bahasa.
 
Firman Allah bermaksud: "Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan
bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu sama lain).
 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang
lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujuraat,
ayat 13).
 
Bertitik tolak dari sini, Islam sebagai agama yang
lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak
ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat
yang sewajarnya menjadi pilihan Muslim.
 
Rasulullah saw turut mengingatkan umatnya agar
berhati-hati dalam memilih teman berdasarkan kepada
sabdanya yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama
sahabatnya, maka seseorang Muslim itu hendaklah
berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih
sebagai sahabat." (Riwayat Ahmad).
 
Ini bermakna jika temannya itu seorang yang baik dan
soleh, maka temannya itu akan membantunya dalam
menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang
Muslim.
 
Sehubungan itu, Islam menyediakan garis panduan untuk
memilih teman soleh dan sejati. Baginda saw mengajar
kita memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan
dan amal soleh.
 
Teman baik, lagi soleh dan baik budi pekertinya akan
merangsang kita untuk berakhlak mulia sepertinya.
Sebaliknya, teman jahat hanya akan mendorong kita ke
arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.
 
Persahabatan dengan teman soleh, lagi bertakwa akan
menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan
kesejahteraan. Bersahabat dengan teman jahat pula
hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang
tiada penghujungnya.
 
Seorang ahli hikmah pernah menyatakan sesiapa yang
ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan
bertambah lapan pula akibatnya.
 
-Pertama, sesiapa yang berkawan dengan dengan orang
kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.
 
- Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir
miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda
dengan rezeki yang diperolehnya.
 
- Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan
bertambahlah sombongnya.
 
-Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka
akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya.
 
-Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak atau
kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka
bermainnya dan membuang masa.
 
-Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang
fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk
berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.
 
-Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang
soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat
kepada Allah.
 
-Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama,
maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya.
 

Dan … sekarang anda fikirlah.. dengan siapa anda berkawan ..

4 orang lelaki yang akan ditarik ke NERAKA !

EMPAT ORANG LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA


Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebiliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranan dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberi segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat….tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tertangguh, puasa tidak tertinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya …jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…. Tunggulah tarikan adiknya kelak

4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangjwabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT:-
“WAHAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang Allah SWT berikan pada kita.

Tuesday, 7 August 2012

Ya Allah..perkenankan lah..






Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati.

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami ♥~.

~♥ Amin Ya Rabbal Alamin ♥~

istimewanya menjadi wanita






Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah- Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, engkau dan dirinya.

34. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


 <3 best nya jadi wanita !  ^___^