Sinar ramadhan di perantauan…
Dulu kita selalu dengar tentang anak-anak watan yang tidak dapat pulang menyambut bulan mulia bersama keluarga kerana menuntut ilmu diperantauan atau mencari rezeki di negeri orang.. dan mungkin ada diantara kita yang tidak pernah merasai pengalaman ini..
Tapi percayalah…sesiapa pun kita, apabila di bulan mulia ini kita berjauhan dengan keluarga pasti kerinduan akan menggamit diri.. ya.. tak sama antara menyambut ramadhan di tempat sendiri dengan di tempat orang .. kan ? bagi yang sedang melalui keadaan ini pasti faham apa yang saya cuba sampaikan…
Kalau dulu perkara ini hanya pernah saya dengar di corong-corang radio..di mana lagu-lagu mengenai anak watan yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga.. dan lagu seperti ini tidaklah terlalu saya hiraukan..sebab saya tidak berada disituasi itu..
Tapi sekarang… saya kini mula merasai perasaan itu…apabila satu ramadhan tidak dapat dikongsi bersama keluarga.. apabila sajian sahur hanyalah sebungkus meggie rendam dan kopi panas…dan sajian berbuka pula hanyalah nasi lemak yang dijual oleh senior dan juga air tin sebagai pembuka selera…
saat ini baru lah terasa betapa pentingnya kehidupan keluarga didalam hidup kita.. dan saat ini baru lah tercari-cari dimana masakan emak… d mana suara ayah yang selalu kejutkan kita bila sahur… ohhh..rindu suasana itu…
dan laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran kini hanya kita nantikan di corang-corong radio cell phone.. L
uhhh…
tapi semua ini tidak menjadi penghalang untuk kita tidak Berjaya…bukan penghalang untuk kita tidak belajar bersungguh-sungguh…malah seharusnya pengalaman ini kita jadikan sebagai pengajaran hidup yang akan mengajar kita erti kesukaran hidup ditempat orang…
dan saat-saat ini jugalah dengan tidak sedarnya telah memupuk sifat rindu dan sayang kepada ahli keluarga kita.. tidak dapat dinafikan apabila kita sentiasa berada dipangkuan keluarga kita tidak terlalu ada perasaan rindu..sebab hari-hari Nampak kan ?
tapi sekarang perasaan rindu itu membuak-buak…macam tak sabar nak jumpa ibu dan ayah,.,dan tak sabar dengan kenakalan adik-adik… uhhh… indahnya saat-saat itu J
so , kawan-kawan yang senasib dengan saya jangn bersedih yah !
nanti raya kan kita pulang juga … so simpan perasaan rindu tu banyak-banyak ! ^__^
No comments:
Post a Comment