Salam dan apa khabar semua ?
Bagi aku kadang-kadang ada sesetangah perkara yang kita tak perlu kongsi dengan pasangan kita, lebih-lebih kalau hanya bergelar boyfriend or girlfrien. Aku bukan jenis yang suka kongsi masalah personal aku dengan pasangan aku. Lebih-lebih lagi kalau masalah itu bersangkut paut dengan masalah keluarga. Sebab aku tak suka buat tanggapan yang tak baik tentang family aku dengan pasangan aku. And as we know, mesti kita tak nak buruk depan pasangan masing-masing kan ? so surely kita akan cerita benda yang dimana kita betul SAHAJA. Part yang kita salah confirm kita tak ceritakan ? sebab kita tak nak kita jahat dan buruk dimata pasangan kitakan ? so begitu jugalah tanggapan aku, kalau semua benda personal aku nak cerita kat pasangan aku lebih-lebih lagi bab yang berkaitan keluarga, aku takut nanti aku dah buat tanggapan yang tak baik tentang family aku dengan pasangan aku.
Tapi tak semua yang merasakan hal yang sama seperti aku rasakan. Ya ofcoz ! setiap orang ada pendapat masing-masingkan. And I respect that, and you should respect my opinion too. Kadang-kadang aku terkilan dengan perangai sesetengah orang diluar sana yang suka cerita tentang masalah dia dengan family dia kat gf/bf dia.(eh?)
Ya, tak salah sebenarnya.. sebab kadang kita perlukan seseorang tempat untuk kita kongsi masalah.. tempat untuk kita mengadu dan minta pendapat or nasihat. Tapi jangan sampai kita memburukkan family kita sendiri. Takut nanti orang hilang respect dengan family kita. Susah tu.
Apa yang aku perhatikan sesetengah kawan aku kat campus suka sangat kongsi masalah family diaorang kat bf/gf dorang. Dan kadang ada yang sampai tak sedar yang dia sudahpun memburukkan family dia. Asyik cerita tentang salah family dia , tapi part yang dia salah langsung dia tak cerita. It’s not fair . kenapa takut cerita benda yang kita salah ? SEBAB KITA TAKUT NANTI GF/BF KITA INGAT KITA NI JAHAT kan ? so kenapa tak takut nanti bf/gf korang berfikiran yang family korang jahat ? (eh?)
No comment .
Ada masanya kita perlu private kan yang private. Jangan lah semua benda kita nak cerita kat bf/gf kita. Belum jadi laki/bini korang pun. ^__^ (sory)
Ingat, ada lagi yang sedia menerima dan mendengar luahan hati kita. Ya, Allah . mengadu dan luah dengan Allah. Insyaallah akan di ilhamkan jalan penyelesaian. Kalau kita dah buntu, cuba mengadu dengan Allah dan minta diberi petunjuk penyelesaian. Allah tu Maha Mengasihani, insyaallah Dia akan bantu kita dalam menyelesaikan masalah.
Tapi kita lebih percaya dengan manusia. Kita tak yakin dengan batuan Allah. Sebab tu kita tak nak mengadu kat Dia. Sedangkan kita tahu ujian dan dugaan yang kita terima itu datang dari Dia, dan ada pada-Nya penyelesaian.
Waulahualam.
No comments:
Post a Comment