Thursday, 8 November 2012

apa yang ada tu syukuri lah


Assalamualaikum dan salam ukhwah buat kawan-kawan pembaca entri ana skalian. Pertama-tama kita panjatkan segala kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya dapat ana berkongsi entri dengan kawan-kawan semua. Dan tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. , sahabat dan juga keluarga Baginda.

Tercetusnya buah fikir untuk entri kali ini semasa perjalanan ana dari UiTM kota kinabalu ke Sandakan Sabah. Perjalanan yang memakan masa selama 6jam lebih itu membawa ana untuk muhasabah diri seketika. Ana lihat keadaan sekeliling, di suatu sudut ada seorang mak cik,tenang wajahnya menjaga perniagaan kecilnya,senyumannya tidak lekang dari bibir setiap kali melihat kelompok-kelompok manusia yang lalu-lalang dihadapannya,begitulah adat apabila berniaga,senyum untuk menarik hati pelanggan. Tapi tidak semua peniaga begitu..ana yakin kawan-kawan setuju dengan pendapat ana kan ?? tidak semua penjual/peniaga yang layan kita dengan ramah. Entah..mungkin diaorang lupa adat berniaga. Sokeyy..

Tapi bukan itu yang ana nak personalkan disini. Saat melihat makcik itu pelbagai persoalan yang bermain difikiran ana. Di mana anak-anaknya ? mana suaminya ?kenapa di usia tua dia masih duduk dihadapan kedai runcit dan menjual buah-buah ?makcik ini tiada anak kah untuk sara dia seorang diri ? atau..oowwhh..mungkin mak cik tua ini tidak berkahwin dan tidak punya anak (eh?)
Ana berfikir sejenak. Beginikah nasib umi ana nanti? Adakah kami anak-anak umi ini tidak jemu membela nasib umi bila tua nanti ? atau adakah kami 10orang anak umi ini tidak sanggup menanggung umi seorang ? nauzubillah..insyaallah kami tidak begitu umi.



                  
Di satu sudut lain pula ana melihat seorang pak cik tua sedang bermain gambus dan di hadapannya ada tin yang berisi duit syiling. Mesti itu sedekah dari orang-orang yang lalu lalang di situ. Apa yang menariknya pakcik ini, walaupun nikmat matanya telah ditarik yang Maha Esa,namun dia tetap berusaha untuk mencari rezeki halal. Sekurang-kurangnya dia ada berusaha walaupun hanya dengan duduk dan bermain gambus. Itu juga usaha. Dan persoalan yang sama terlintas di benak fikiran ana .. dimana orang-orang yang sepatutnya membela nasib si tua ini? Kemana mereka ?

Dan kenapa masih ada manusia-manusia dibumi Allah ini yang tidak mensyukuri nikmat kesihatan dan nikmat hidup yang Allah berikan. Kenapa masih ada kita-kita yang malas untuk mencari rezeki halal? kenapa kita selalu mencari jalan singkat untuk menyara hidup? Kenapa si Ayah tegar memberi nafka yang tidak halal kepada isteri dan anak ?  Kenapa masih ada yang celik tapi buta mata hatinya untuk membantu insan-insan yang memerlukan? Dimana nilai amanah yang telah Allah berikan kepada kita untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan ? dimana insan-insan yang sepatutnya membela nasib mereka ini ? di mana nilai pemimpin ? kenapa masih ada yang tersisih di bumi bertuah ini ?silakan.. tepuk dada Tanya iman.

Kalau yang tua ini masih gigih membela nasibnya kenapa kita yang berupaya dan muda ini sentiasa mengeluh dengan kehidupan kita. Mungkin kita lupa bahawa ada lagi yang lebih susah kehidupannya berbanding kita.
 Jika yang buta ini sentiasa mensyukuri nikmat Allah kenapa kita yang celik ini sering melupakan nikmat terbesar yang Allah pinjamkan kepada kita ?

Kerana begitulah manusia. Tidak mensyukuri apa yang telah diberikan kepadanya. Ada saja yang hendak dikeluhkan. Lupa akan nikmat Allah.

Kerana kita manusia yang….

Matanya celik tapi hatinya buta.
Telinganya peka tapi tuli kepada kebenaran.
Mulutnya galak bertutur tapi tiada satupun yang benar.
Badannya sihat namun sihatnya tiada manfaat.
Tangannya sempurna namun kudung kepada sedekah.
Otaknya berakal tapi akalnya tidak berguna.

Benarlah kata Rasulullah s.a.w, di akhir zaman nanti akan ada satu penyakit yang akan Allah campakkan kedalam hati-hati hambah-Nya. Sahabat bertanya “penyakit apakah itu wahai kekasih Allah?”. Rasulullah menjawab “CINTA  DUNIA DAN TAKUT MATI”.

Bumi Bokara,
Serambi ayunie
4:35am (30/10/2012)

No comments:

Post a Comment