Assalamualaikum dan salam ukhwah buat kawan-kawan pembaca
entri ana skalian. Pertama-tama kita panjatkan segala kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnian-Nya dapat ana berkongsi entri dengan kawan-kawan
semua. Dan tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah
s.a.w. , sahabat dan juga keluarga Baginda.
Tercetusnya buah fikir untuk entri kali ini semasa
perjalanan ana dari UiTM kota kinabalu ke Sandakan Sabah. Perjalanan yang
memakan masa selama 6jam lebih itu membawa ana untuk muhasabah diri seketika.
Ana lihat keadaan sekeliling, di suatu sudut ada seorang mak cik,tenang
wajahnya menjaga perniagaan kecilnya,senyumannya tidak lekang dari bibir setiap
kali melihat kelompok-kelompok manusia yang lalu-lalang dihadapannya,begitulah
adat apabila berniaga,senyum untuk menarik hati pelanggan. Tapi tidak semua
peniaga begitu..ana yakin kawan-kawan setuju dengan pendapat ana kan ?? tidak
semua penjual/peniaga yang layan kita dengan ramah. Entah..mungkin diaorang
lupa adat berniaga. Sokeyy..
Tapi bukan itu yang ana nak personalkan disini. Saat
melihat makcik itu pelbagai persoalan yang bermain difikiran ana. Di mana
anak-anaknya ? mana suaminya ?kenapa di usia tua dia masih duduk dihadapan
kedai runcit dan menjual buah-buah ?makcik ini tiada anak kah untuk sara dia
seorang diri ? atau..oowwhh..mungkin mak cik tua ini tidak berkahwin dan tidak
punya anak (eh?)
Ana berfikir sejenak. Beginikah nasib umi ana nanti? Adakah
kami anak-anak umi ini tidak jemu membela nasib umi bila tua nanti ? atau
adakah kami 10orang anak umi ini tidak sanggup menanggung umi seorang ?
nauzubillah..insyaallah kami tidak begitu umi.
Di satu sudut lain pula ana melihat seorang pak cik tua
sedang bermain gambus dan di hadapannya ada tin yang berisi duit syiling. Mesti
itu sedekah dari orang-orang yang lalu lalang di situ. Apa yang menariknya
pakcik ini, walaupun nikmat matanya telah ditarik yang Maha Esa,namun dia tetap
berusaha untuk mencari rezeki halal. Sekurang-kurangnya dia ada berusaha
walaupun hanya dengan duduk dan bermain gambus. Itu juga usaha. Dan persoalan
yang sama terlintas di benak fikiran ana .. dimana orang-orang yang sepatutnya
membela nasib si tua ini? Kemana mereka ?
Dan kenapa masih ada manusia-manusia dibumi Allah ini yang
tidak mensyukuri nikmat kesihatan dan nikmat hidup yang Allah berikan. Kenapa
masih ada kita-kita yang malas untuk mencari rezeki halal? kenapa kita selalu
mencari jalan singkat untuk menyara hidup? Kenapa
si Ayah tegar memberi nafka yang tidak halal kepada isteri dan anak ? Kenapa masih ada yang celik tapi buta mata
hatinya untuk membantu insan-insan yang memerlukan? Dimana nilai amanah yang telah Allah berikan kepada
kita untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan ? dimana insan-insan yang sepatutnya membela nasib mereka ini ? di mana nilai pemimpin ? kenapa masih
ada yang tersisih di bumi bertuah ini ?silakan.. tepuk dada Tanya iman.
Kalau yang tua ini masih gigih membela nasibnya kenapa kita
yang berupaya dan muda ini sentiasa mengeluh dengan kehidupan kita. Mungkin
kita lupa bahawa ada lagi yang lebih susah kehidupannya berbanding kita.
Jika yang buta ini
sentiasa mensyukuri nikmat Allah kenapa kita yang celik ini sering melupakan
nikmat terbesar yang Allah pinjamkan kepada kita ?
Kerana begitulah manusia. Tidak
mensyukuri apa yang telah diberikan kepadanya. Ada saja yang hendak dikeluhkan.
Lupa akan nikmat Allah.
Kerana kita manusia yang….
Matanya celik tapi hatinya buta.
Telinganya peka tapi tuli kepada kebenaran.
Mulutnya galak bertutur tapi tiada satupun yang benar.
Badannya sihat namun sihatnya tiada manfaat.
Tangannya sempurna namun kudung kepada sedekah.
Otaknya berakal tapi akalnya tidak berguna.
Benarlah kata Rasulullah s.a.w, di akhir zaman nanti akan
ada satu penyakit yang akan Allah campakkan kedalam hati-hati hambah-Nya.
Sahabat bertanya “penyakit apakah itu wahai kekasih Allah?”. Rasulullah
menjawab “CINTA DUNIA DAN
TAKUT MATI”.
Bumi Bokara,
Serambi ayunie
4:35am (30/10/2012)