assalamualaikum..
kenapa perlu menilai tanpa tahu kebenaran ? atau tanpa mengetahui hal sebenar ? and kenapa perlu membuat andaian tanpa bertanyakan kepada empunya badan ? kemana hilangnya landasan ilmu .. sepatutnya sebelum kita membuat satu penilaian elok lah kiranya kita berfikir sejenak tentang apa yang bakal kita utarakan..dan sampaikan kepada orang lain..takut-takut apa yang kita sampaikan itu tidak betul, dan boleh menjadi fitnah kepada orang-orang tertentu. yes pepatah mengatakan orang yang melihat mampu memberi kesimpulan. tapi kau tidak berada di kedudukan itu, bagaimana boleh kau merasai apa yang aku rasa ? angguk jika betul, geleng jika tidak .
yes tidak salah andai kita ingin tahu hal yang sebenar. mungkin kita ingin mengambil berat. tapi ada beza antara caring dengan busy body. sehingga membuat orang lain rimas dengan soalan-soalan dan andaian remeh temeh. yes as u said.. 'benda remeh temeh ni'.. so kenapa perlu bertanyakan soalan itu lagi ? sedangkan sudah kau tahu hakikat sebenar . atau ada hakikat lain yang hendak kau harapkan ? jika ya angguk, jika tidak berambus.
aku tidak ingin terikat dengan sesuatu sebagaimana senangnya kau membuang sesuatu. kau punya hak, aku juga wanita yang punya hak dan punya privasi hidup. aku bukan artis yang perlu di canang kesana sini. kalau 'kau' hendak pergi, silakan kau melangkah dengan bangga. sedangkan akal mu tidak mampu membaca apa yang tertulis di benak ku inikan pula hendak kau tinggikan hidung mu jika melihat aku. sila malu. maaf, perbuatan anda tidak punya point di mata aku. sila kemukakan hujah dan pertahanan yang baru yang boleh menumbangkan hujah ku. aku tunggu.
No comments:
Post a Comment