Monday, 16 September 2013

yang bernama HATI




duhai hati..mudah sungguh kau jatuh cinta..
kan dah jatuh kat lantai..hahaha
padan muka ..!!

apa khabar semua ??? hekhek ^__^
semoga sihat-sihat selalu..
aku seperti biasa..sentiasa ceria dan happy..haha
(ceria dan happy tak sama eh ??) :p

ok..ok..back to da point..
kadang-kadang kita ni kan
kita ni kan
cepat betul jatuh cinta ngan someone..
nampak satu ni..terus jatuh hati..
esoknya nampak ngan orang yang lain lagi jatuh hati lagi..haha
and lusanya jumpa lagi yang jauh lagi hensem dan cantek..
jatuh hati lah lagi..hahaha

sampai tak tahu dah mana satu yang betul-betul kita suka..yang kita cinta..
aisehh !!
jiwang siot ! 
(mau termuntah aku)

tapi kita ni..sedangkan cinta dengan Allah tak terjaga..ada hati lagi nak mencintai yang lain..
sebab tu hati selalu terluka jak..
macam kat bawah ni ha..
padan muka aku...



diri ni hendak menggapai solehah pun jauh berbatu,
ada hati pula mengidamkan yang soleh..
get a life ayunie ! :3
tapi tak bermaksud kalau kita jahat, pasangan pun kena jahat juga..
seperti magnet..tak akan boleh bergabung positive dengan positive..kena jumpa positive dengan negative baru boleh bergabung..

tapi tak bermaksud juga yang jahat senang-senang dapat yang baik..
sebab kita tahu..

"perempuan yang baik,untuk laki-laki yang baik, dan begitulah sebaliknya"

tapi ingat..jika diri tak sehebat Ali..jangan terlalu mengharapkan pasangan seperti Fatimah..
kalau wajah tidak setampan Yusuf jangan terlalu memilih pasangan semanis Zulaikha..

ada beza antara inginkan yang terbaik dan terlalu memilih..
dan kita ni..dah tau kita tak suka kat orang tu..
be a human being lah..
jangan nak bagi orang lain perasan pulak..
sehinggakan orang tu berfikiran bahawa kita suka kan dia..
sedangkan hakikatnya tidak..
seperti kita.. dia juga punya fitra manusia..
jatuh hati dan mencinta..

betullah apa yang selalu dikatakan,
kita ni hanya mampu merancang, Allah yang menentukan..

dalam sujud kita minta Allah berikan petunjuk andai dia jodoh kita 
dekatkan hati nya pada kita
dan dekatkan hati kita buat dia..
dan kita minta yang sebaliknya juga,
seandainya dia bukan yang tertulis di Luh Mahfuz buat kita..

dan Allah jawab doa kita..
Allah jauhkan dia dari kita..
sebab bukan dia yang tertulis di Luh Mahfuz buat kita..
kita minta Allah jaga hati kita..
dan Allah beri petunjuk..
untuk jaga hati kita..supaya tidak menjadi perosak di muka bumi..
supaya tidak terjatuh di lembah hubungan yang sia-sia..

duhai hati yang tenang,
damai lah bersama ketentuan Ilahi..
masih ada yang baik buat yang baik..
masih ada yang ikhlas buat yang ikhlas..
masih ada yang sudi buat yang sudi..

perjalanan masih jauh..
menara gading baru di jejak..
masih ada ruang untuk melangkah jauh..
pasti ada yang di titipkan disetiap langkah..
duhai hati yang tenang..
damailah menghantar dia pergi dari hidup kita..
pasti ada mentari sesudah mendung

^__^






No comments:

Post a Comment