Friday, 27 September 2013

pendapat dan penyelesaian

assalamualaikum !

apa khabar semua ? semoga sihat-sihat selalu dan selamat menjalani minggu-minggu peperiksaan akhir buat kawan-kawan seperjuangan di UiTM Sabah. USAHA,DOA DAN TAWAKAL. mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.

baru-baru ni aku ada terbaca satu post kat facebook ni.. and macam biasa, adalah orang-orang yang akan bagi feedback dengan apa yang kita post kan .. lebih-lebih lagi bila kita sentuh soal agama. apa yang hendak di sampaikan oleh tuan fb tu sebenarnya tidak ada salah nya, cuma silapnya adalah apabila dia hanya mengambil separuh daripada ayat yang penuh. jadi bila kita baca, kita mungkin berpendapat bahawa dia hendak mengatakan tentang itu dan ini. sedangkan ayat yang penuh itu membawa maksud yang lain. dan sebagai manusia, berselisihan pendapat adalah lumrah kita.

dan TIDAK MENERIMA TEGURAN juga kadang kala menjadi khilaf kita sebagai manusia yang ada sifat ego didalam diri. namun, bukan itu yang aku hendak sampaikan di sini, itu hanya bunga-bunga sahaja.hehe..peace..

apa yang hendak aku katakan disini ialah, YES, kita sentiasa berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, terutama sekali jika perkara tersebut hanya mendatangkan kebaikan atau kesenangan pada sebelah pihak sahaja, yang sebenarnya ada juga kebaikan kepada kita, tapi dalam konteks kebaikan tersirat. contohnya ,poligami. kita, ataupun dengan lebih jelasnya, WANITA yang tidak menerima poligami akan sentiasa berfikiran bahawa poligami adalah tidak wajar dan hanya menguntungkan lelaki. akan tetapi kita tidak sedar bahawa ianya juga mendatangkan kebaikan kepada kita sendiri. tapi..tapi..aku tidak mahu berleter panjang lebar tentang itu.. ini cuma contoh ok..contoh..

so, dalam kita berbeza pendapat, berselisih faham dan mencari ini salah siapa dan kenapa ini boleh terjadi, adalah lebih baik jika kita mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. sebab masalah jika kita hendak singkap dan ungkap satu persatu tidak akan ada penyudahnya. namapun masalah kan. jadi perdebatan kita itu hanya akan membawa kepada perdebatan yang sia-sia. tidak ada hasilnya kepada yang betul mahupun yang salah. sebab ia akan tetap berakhir di atas landasan masalah. jika betul angguk,jika tidak, maafkan aku.

daripada kita habiskan masa berjam-jam untuk membincangkan ini silap siapa, lebih baik masa berjam-jam itu kita peruntukkan untuk berbincang. baru selesai masalah.

peace !

No comments:

Post a Comment