Saturday, 21 September 2013

sandiwara cinta

assalamualaikum !

oh aku melihat sandiwara cinta dihadapan ku
ada yang ku lihat bahagia bersama pasangannya
ada juga yang aku lihat terluka melihat kebahagian mereka
oh ada juga yang dilamun cinta, di alam perkenalan pertama

aku tersenyum melihat mereka bahagia
indahkan rasa bahagia yang Allah pinjamkan buat kita
orang sekeliling kita yang dilamun cinta
kita pula yang tersenyum..hehe

tapi aku sedih melihat kelukaan si pujangga cinta
bukan sebab dia tidak meluahkan perasaannya
jauh lagi tidak mencuba
tapi si hawa yang tidak sudi
apalah nasib badannya
kasihan sungguh
mudahnya dia mengalirkan air mata kerana wanita
apakan daya hati si hawa sudah tertaut pada yang lain
bukan kerana yang tertaut tu datang dahulu
malah si pujangga cinta yang melangkah dulu
tapi ini soal hati
bukan soal siapa yang datang dahulu dan kemudian
sudah hatinya memilih yang lebih berkepimpinan
damaikan lah hati mu wahai si pujangga cinta
masih banyak bunga untuk di jadikan sandaran hati
insyaallah..



semoga mereka-mereka ini di panjangkan jodoh hingga bersatu dialam perkahwinan.
Ya Allah jaga hati mereka agar menjaga kesucian cinta.. dan gantilah yang telah hilang dengan yang lebih baik kepada yang layak menerima..amin

No comments:

Post a Comment