Thursday, 22 September 2011

Dalil bahawa COUPLE itu HARAM !!!


Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi
? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.



Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.

Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
 Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

jangan bersedih ! inilah cara untuk bahagia ^_^

Jangan Bersedih:

1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.

Saudaraku..

Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa...




^_^..


Tinta : Ayunie

menangislah....terkadang manusia ego untuk mengeluarkan air mata

Assalamu'alaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua

Wednesday, 21 September 2011




Gambar Hiasan


Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan baginda tertarik sehingga baginda bertanya:-

“Siapakah kamu ini ?”Jawab kami, “Kami adalah orang beriman.” Kemudian baginda bertanya, “Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?” Jawab kami, “Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ”

Tanya Nabi s.a.w,


“Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?”

Jawab mereka, “Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.”

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w,

Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?”
Jawab mereka, “Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu.”

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya,

“Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?” Jawab mereka, “Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh.”

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, “Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahu pun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi.”

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, “Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?

"Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat.”


 p/s : sedalam mana iman kita ?

Cinta Buat Umi...


Umi...
kasih mu sampai ke syurga..
anak mu ini tahu
telah banyak dosa yang anak mu lakukan
kepada mu dan keluarga..

Umi...
doakan anak mu ini
semoga menjadi seorang anak yang
solehah..
semoga anak mu ini membela kebenaran..
agar nasib mu terbela apabila di tangan anak mu ini..

Umi..
jangan sesekali
air mata mu mengalir
kerana kekejaman mereka disana,
kerana kami inilah yang akan menjadi 
mujahid-mujahidah mu..
sekali engkau jatuh 
kerana mereka,
akan kami dukung umi kembali
dengan mahligai istana,
menyedarkan mereka bahawa
umilah
Permaisuri di hati kami..

Umi..
bukan kegagalan umi jika
hidup kita tidak seindah permata pada hari ini..
tapi semuanya akan bersinar
jika anak-anak
mu ini akan dewasa kelak..
kerana,
akan kami hiasi umi dengan segala keindahan
untuk menebus maruah keluarga 
yang telah dicanai oleh mereka yang bernama manusia...

Umi..
lihatlah anak mu ini,,
apa yang ada pada kami sekarang
adalah bukti kejayaan umi mendidik kami..
memberi kasih sayang...
memberi kekuatan..
memberi semangat..
mendorong kejayaan...

Umi...
Kebangkitan KELUARGA ADIJAH 
kini kembali,
akan kita buka satu-persatu 
kejayaan yang kita tempuhi..
akan kita tutup mulut mereka yang 
mencanang kedaiffan kita...

Kerana..
Allah sentiasa bersama Hamba-hambaNya 

Nukilah hati :ayunie

Wanita itu..

Tinta :Ayunie

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan mel! engkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."



Indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W


 Tinta : Ayunie
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUkhiCa82ov6kc7BaJ3I72qPuwtBvpbauRqrVYzOqxQDIyD4rrDzisinW4SCpG8DbYyJmR-73OeYep4_G_QX56cVJ359YPYqEmv70PULE1D9gHeXf7eY1R5nk1JpF0AH2IcogUD70J-D7m/s400/orkid.jpg

Suatu hari datanglah seorang perempuan, perempuan tersebut menghadiahkn sebiji limau kepada Rasulullah, kemudian Rasulullah pun terima dengan senyum, kebetulan rupa buah itu terlalu cantik dan menyerlah.. Rasulullah terus makan sesuap dengan sesuap sambil tersenyum.. biasanya apabila Rasulullah mendapatsesuatu, Rasulullah akan berkongsi bersama sahabat yang ada bersamanya.. tetapi kali ini baginda makan seorang diri tanpa memberi kepada sahabatnya..

Selepas makan wanita yang menghadiahkan Rasulullah buah itu, meminta izin untuk balik... Sahabat hairan dengan sikap Rasulullah,lalu bertanya... kemudian baginda menjawab: "
aku memakan buah itu seorang diri sambil tersenyum kerana buah itu rasanya terlalu masam... aku takut kalau aku berikan buah tersebut kepada kamu, kamu akan makan buah tersebut dengan mata yang menyengit dan kamu marah kepada wanita tadi... aku tidak mahu wanita tersebut terasa dan tersingung... sebab itulah aku lakukan begitu"...

Begitulah mulianya akhlak Nabi Saw, baginda sentiasa menjaga akhlaknya, setiap inci pergerakannya diatur dengan waspada penuh bersopan, akhlak Nabi kita adalah akhlak Al-quran...



p/s : bagaimana pula dengan akhlak kita ?

Tuesday, 20 September 2011

Bila Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang

Tinta : ayunie













Salam perjuangan buat semua..

Memetik kata-kata Winston Churchill ,"Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam." 

Berhati-hatilah bila menyusun kata. Walaupun kita mungkin tidak menggunakan pena untuk menulis berbanding hanya menekan huruf-huruf pada keyboard komputer sahaja. Istilah "pena" yang dimaksudkan adalah tulisan atau karya yang kita hasilkan.

Menulis membuta tuli dan berpaksikan emosi tanpa ilmu, hanya memudaratkan dan boleh menimbulkan keraguan dan pertelingkahan pendapat pada pembaca. Apatah lagi apabila ia berkaitan tentang akidah dan syariat. Islam mengajar kita halus dan lembut dalam bicara dan tutur kata apatah lagi jika ditulis dalam bentuk karya untuk dibaca. Percayalah, kadang-kadang kesedaran mahupun keinsafan akan lahir dengan hanya membaca tulisan yang jujur, penuh mutiara ilmu dan ditulis penuh berhemah!

“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.” - Pujangga


*ketika jari berbicara

USTAZAH PILIHAN

Assalamualaikum...salam perjuangan dari ana buat sahabat-sahabat...


Ada yang bertanyakan pendapat ana tentang kesesuaian program ini. Secara jujurnya, ana tidak merasa senang dengan kewujudan program ini. Dalam masa yang sama, ana tidak menafikan peranan muslimah sebagai sayap kiri perjuangan dalam memperkembangkan dakwah Islam, namun ruangnya tidak  seluas seperti kaum muslimin. Ada batas yang perlu dijaga, ada fitnah yang perlu dihindarkan.



ana tidak dapat mengjangka bagaimana konsep dan bentuk program yang bakal dilaksanakan ini, namun apa yang pasti ia tidak dapat lari dari menonjolkan peribadi dan personaliti  muslimah secara terbuka, memperagakan diri menjadi tontonan umum serta mempamerkan tabarruj, fesyen dan kecantikan. 

Penonton-penonton terutamanya lelaki akan lebih memperkatakan tentang kelembutan dan kecantikan peserta dalam Ustazah Pilihan sebagaimana gadis-gadis remaja duk memuja kekacakan Imam-Imam Muda tanpa mengambil intipati berfaedah dari program tersebut.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wanita... (Surah al-Imran, ayat 14)

ana kongsi bersama pendapat al-fadhil Ustaz Azhar Idrus mengenai program ini :


Islam amat menjaga kehormatan dan darjat seorang muslimah kerana kedudukan mereka yang mulia di sisi agama. Ingatlah saudara-saudariku, kadang-kadang manusia rakus  melakukan apa sahaja demi mencapai populariti, kemahsyuran, kekayaan dan pulangan lumayan sehingga menjadikan agama sebagai percaturan.

ana yakin ustazah pilihan yang benar-benar pandai menilai dan memilih tidak sesekali akan menyertai program ini kerana mereka memahami erti sebenar kehormatan muslimah sejati dan tuntutan agama itu sendiri. Sematkanlah dalam dada sabda Rasulullah SAW :

” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki 
daripada (fitnah) wanita.”
[ Hadis Riwayat Bukhari]

*ketika jari berbicara



jangan biar air mata kita mengalir melihat video ini..tanpa apa-apa perubahan diri.. :(

cerita kedai kopi

Assalamualaikum dan salam cinta ana buat sahabat-sahabat ana sekalian....
entri kali ini suka ana berkongsi tentang sebuah cerita indah..namun bukan pula cerita ini tentang kegagahan laksamana sunan yang menjadi kegilaan wanita melayu kini untuk dijadikan suami..bukan juga entri ini menjadi medan realiti dimana ada sms untuk mengundi samada entri ana diterima atau tidak..hehe...

tapi entri ini ingin berkongsi sebuah cerita tentang perkahwinan...




gambar hiasan...

ana yakin dan percaya pasti sahabat-sahabat sedia maklum apa itu pernikahan....alaaa....yang si jejaka jabat tangan dengan tok kadi tu..dan c gadis pula tersipu malu kat suatu sudut mendengar bakal suami mengangkat lafaz nikah...tahu kan...??

entri kali ini entah kenapa ana ingin bercakap atau menaip mengenai perkara ini....ana tahu dengan usia ana baru menginjak 19tahun mungkin ana tidak layak untuk membicarakan perkara ini...disini suka ana ingatkan bahawa ana bukan ingin membahaskan apa-apa perkara mengenai perkahwinan...ana hanya ingin berkongsi sedikit pengetahuan ana tentang perkahwinan..mungkin pengetahuan ana ini tidaklah sehebat pengetahuan anda diluar sana..anggap sahaja entri ini adalah dari seorang anak kecil ysng ingin mengeluarkan secebis idea tentang perkahwinan J

perkahwinan itu indah..
ya, ramai daripada kita mengatakan perkahwinan itu indah...ana juga bersetuju,perkahwinan adalah perkara yang paling menggembirakan buat pasangan Adam dan Hawa...semoga saja setiap perkahwinan saudara-saudara diluar sana dibawah lembayung  hidayah Allah…maha pemberi cinta…


tapi,kehadiran entri ini bukan ingin menceritakan tentang keindahan perkahwinan..tapi ingin berkongsi sedikit  ‘kelemahan’ perkahwinan…

Bismillahirrahmannirrahim…
Kadang-kadang ana terfikir,mengapa kita dizaman ini selalu menhabiskan duit ‘during our weding’…maksud saya semasa majlis perkahwinan…duit berbelas ribu dihabiskan hanya untuk 3hari majlis perkahwinan…ada yang mencecah berpuluh ribu..malahan sampai berjuta…

Bukan ana ingin mempertikaikan kemampuan anda diluar sana mengenai duit dan bukan juga ana ingin ‘menjaga tepi kain korang’..tapi islam itu sentiasa dikenali dengan keserdehanaan.

Wang hantaran ..?? fffulllaaaamaaakkk..!!! …bukan main..bukan setakat 5ribu…tapi beribu..ribu…ribu..ribu….!! sebenarnya ana tak kisah  hal ni..itu kan duit bakal laki korang..tapi,wahai muslimah-muslimah sekalian..beringat..islam ada mengatakan sebuah perkahwinan yang mendapat keberkatan Allah dan dibawah lembayung hidayah Allah adalah  wanita-wanita yang berkahwin awal/atau di usia muda,rendah maharnya/hantaran  dan tinggi akhlaknya…

Janganlah sampai ibu dan bapa ‘menjual’ anak sendiri..dengan alasan, ‘dia sorang jak anak kami pompuan’, ‘kami nak perkahwinan anak kami meriah,sebab kahwin hanya sekkali’…dan macam-macam lah..kalau nak di masukkan kedalam entri ni,nescaya tidak ada penghujung lah entri ana ini..hehe
 
Sahabat-sahabat sekalian,
Benar,perkahwinan itu untuk  mengelakkan fitnah dan memudahkan orang mengenali kita sebagai pasangan suami isteri..tapi perlukah isteri kita menjadi “tayangan” seluruh kampung? Lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat..nauzubillah..baru di awal perkahwinan,suami sudah menanggung dosa si isteri…tapi ramai suami-suami diluar sana lupa tentang ini…

Si isteri pula jangan terlalu DIMAN ..INGAT ! kemanisan perkahwinan bukan disaat ‘majlis perkahiwinan’..tapi selepas majlis perkahwinan..mengapa ingin bazirkan duit semasa majlis…bagaimana pula dengan keadaan selepas majlis perkahwinan nanti..?? HUTANG BANK menjadi bebanan…di saat ini,barulah nak salahkan suami..suami salah kan isteri…atau pun salahkan mak bapa..

Teringat ana dengan dialog disalah satu filem Tan Sri P.Ramlee.

  Si isteri kata “ abang memang tak ble harap,satu emas pun sya tak ada,tengok jiran sebelah tu,semua dia ada,apa yang sya mahu semua abg tak dapat tunaikan”..bla..bla…blaa…

Si suami pula membela diri “ kamu jangan nak salahkan aku,ni semua salah mak bapak kamu,dulu time aku masuk meminang,semua mak bapak kau mintak,wang hantarn 5RIBUUUUUU aku bagi.sekarang anak kita sudah tiga,tapi hutang hantaranm masih belum selesai,ni semua salah mak bapak kau”..blaa…blaa…blaa…

hurm..saling salahkan antara satu dengan yang lain..apabilah berbalah,bukan  ego yang kita patut pertahankan,tapi jalan penyelesaian…


to be continew…..