Kisah ini sudah menjadi sejarah,tetapi susunan ayat itu bukan semata-mata sejarah tetapi banyak pengajaran dan ilmu yang boleh diambil daripadanya.Sebagai sejarahnya,ayat ini menceritakan bagaimana syaitan berjaya menggoda Adam dan Hawa.Tetapi apakah yang tersirat daripada ayat itu?
Ya,kita tahu bahawa penciptaan Adam dan Hawa adalah sempurna.mereka di dalam syurga diberikan pakaian istimewa yang pastinya menutup aurat.Kehidupan mereka di dalam syurga itu terlalu istimewa hingga mereka diberi kebebasan untuk mengambil manfaat daripada keindahan syurga itu dgn sebaiknya kecuali menghampiri sebatang pokok.
Tetapi tahukah kita bahawa di dalam syurga itu mereka berdua tidak pernah bergaul sebagai suami isteri,mungkin belum ader proses pernikahan lagi.Buktinya,syaitan cuba menggoda kedua-duanya supaya mereka menghampiri pokok larangan itu.Padahal tujuannya adalah supaya apabila salah seorang memanjat pokok,akan tersingkaplah auratnya.Dengan keadaan itu diharapkan Adam atau Hawa akan ada rasa berkeinginan terhadap pasangan itu.
Jelas di sini syaitan cuba mengatur strategi supaya berlaku zina di dalam syurga.Tetapi dia tidak menggoda secara langsung,sebaliknya menggoda supaya menghampiri pokok itu.Walau bagaimanapun peristiwa itu menunjukkan syaitan gagal dalam mengatur strategi dan Allah tidak izinkan perancangannya berlaku.
Peristiwa ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
maka syaitan berjaya menipu daya kedua-duanya.Setelah mereka cuba merasai(buah)pohon itu,terdedahlah aurat masing-masing dan(kerana malu) mereka menutup aurat mereka dengan daun-daun(dari)syurga.Setelah itu Tuhan mereka berkata kepada mereka:'Bukankah Aku telah melarang kamu berdua daripada menghampiri pokok itu dan Aku katakan kepada kamu,bahawa syaitan itu musuh kamu yg nyata?'(Surah al-A'raf 7:22)
Walaupun syaitan berjaya menggoda tetapi tatkala Allah S.W.T melucutkan pakaian syurga,mereka berdua yang berada dalam keadaan malu itu terus menutup aurat dgn daun-daun syurga.Jadi,kedua-duanya terselamat daripada perzinaan...
Sebenarnya syaitan walaupun boleh dengan bebas ke syurga(waktu itu),dia tidak tahu apakah perancangan Allah.Dia tidak tahu bahawa kedua-duanya akan dicampakkan ke dunia.Dia menggoda Adam dan Hawa bukan kerana dia tahu tentang tindakan Allah untuk mencampakkan kedua-duanya ke dunia.Mungkin niatnya tidak sampai ke situ,tetapi dia mahu melihat kedua-dua itu mendedahkan aurat dan akhirnya berzina.
Jadi,berhati-hatilah dengan pujukan syaitan klau kita tidak sekuat iman Nabi Adam dan Hawa.Pada hari ini,kita lihat remaja dgn mudah bergaul antara lelaki dan perempuan.Syaitan memujuk,'tidak mengapa berdua-duaan,x buat apa-apa pun.'Tentu mesejnya sama dengan memujuk Adam dan Hawa menghampiri pokok di atas.
No comments:
Post a Comment