*~~~pena ayunie~~~*
Punat open ku tekan rapi,sedikit pesanan ringkas daripada naqibah tersayang..Kak Hidayah..pesanan yang kubaca membuatkan aku tersenyum ..mungkin suka dengan apa yang naqibah tersayang ini sampaikan.
*Salam ukhmah..insyaallah hari sabtu ni kita akan mengadakan aktiviti di pi (pusat islam) ..pada jam 12.30. semua ahli usrah kak hidayah dan kak Az di wajibkan hadir ..yuran sebanyak rm3 shaja :)
bersama-sama lah kita memperkuatkan ukhwah sesama kita.
mesej yang dihantar itu pada hari khamis,aku dan rakan usrah lain tidak sabar menanti ketibaan hari sabtu yang bakal kami isi dengan aktiviti yang bermanfaat..insyaallah...
hari jumaat ku tempuhi seperti hari-hari biasa..kuliah habis pasa pukul 12 tengah hari...masa yang tersisah aku habiskan didalam dom asrama dengan menyiapkan assignment yang sememangnya bertimbun dan berlambak dan banyak dan yang sama waktu dengan nya.. :)
akhirnya hari yang dia nanti telah tiba...akibat kusyuk menyuci kain di pantri,aku terlupa akan perjumpaan hari ini(sabtu)...lalu aku bergegas menghabiskan cucian ku..jam telah menunjukkan jam 11.55 (kalau x silap aku)...pintu almari ku buka,ku capai tudung labuh berwarna coklat..baju ana muslimah berwarna hijau dan sedikit bercampur dengan warna coklat..seluar slack ku capai dan ku lempar semua pakaian tadi ke atas katil..berlari-lari anak pula aku ke meja belajar,mengambil tuala yang kusangkut rapi dibangku ...
Usai membersihkan diri aku bergegas meng-gosok pakaian-pakaian tadi agar lebih rapi.
tidak lekang mata ku dari melihat jam di telefon usang ku (memandangkan aku tak ada jam dinding mahu pun jam tangan) ...jam sudah menunjukkan 12++...pantas sahaja aku mengenakan pakaian tadi di tubuh ku...mata ku mencari-cari anak tudung yang tadi nya ku simpan rapi di atas meja belajar.. "aduh..kemana pula anak kecil ini" gumam ku sendirian..."ha...ni pun" aku ber-ura-ura mengambil anak tudung itu yang terjatuh ke lantai..entah sejak bila ia terjatuh dari atas meja...**Usai tudung ku pakai rapi,beg tangan ku sandang di bahu..stokin ku pakai dan kasut ke sarung ke kaki ...
Perjalanan ke pusat islam tidaklah jauh mana...tapi akibat fizikal bumi sepanjang perjalan ke p.i berbukit-bukit menyebabkan perjalanan ku terasa jauh.......~~~~tapi ku gagahi juga kaki melangkah ke p.i untuk menguatkan ukhwah di kalangan naqibah dan anak-anak buah usrah...
shot story ,
akhir nya aku sampai juga d pusat islam kebanggaan ku..
lalu aku berura-ura ke tempat jemaah perempuan,kelihatan kelibat naqibah-naqibah dan anak-anak usrah yang lain sedang berjemaah..nampak nya aku kehilangan pahala berjemaah...lalu aku bergegas ke ruang mengambil wudhuk..usai mengambil wudhuk,cepat sahaja kaki ku melangkah ke ruang solat dan menunaikan solat zuhur...
**
Alhamdulillah..solat zuhur telah ku sempurna kan..selepas itu kami di arah kan untuk berkumpul untuk deberi taklimat tentang aktiviti yang akan kami jalan kan sepanjang hari ni...
aktiviti seterusnya :
~Ceramah HIJAP DAN WANITA daripada Ustaz Puadd selaku president SAHABAT uitm sabah..
ceramah ini berlangsung 2jam lamanya..maybe....banyak input yang kami dapat semasa sesi ceramah dijalan kan..dan sempat juga aku menanyakan soalan tentang program ustazah pilihan yang kini ditayangkan di Astro saluran Oasis...teryata pendapat aku dan Ustaz Puadd sama..kami kurang bersetujuh program itu dijalankan dan ditayangkan..sedangkan wanita ini perlu dijaga dan dipelihara..lebih-lebih lagi bila mereka diadili oleh kamu Adam....(setiap orang mempunyai pendapat masing-masing ye).....
~seterusnya kami main sebuah game yang bertajuk KAU&AKU..
game ini memerlukan setiap ahli membuat 1 bulatan besar..jangan ada ruang/jarak sedikit pun diantara ahli..
lalu seorang demi seorang ahli menyebut nama masing-masing..usai semua ahli memberitahu nama mereka ..bola kecil yang tadi nya di pegang oleh seorang naqibah (kak is) di lemparkan ke tempat ahli yang lain..sesiapa sahaja yang terkena/mengambil/menyambut bola itu harus menyebut nama orang yang membaling bola tadi..
~Usai itu kami solat asar berjemaah berimam kan Abang Azwan..
~Usai solat asar kami berkumpul dan membaca alma'tsurat sughra bersama-sama..
~akitiviti seterusnya ialah KISAH KITA,aktiviti ini adalah tentang perjalanan kami di Usrah bersama naqibah-naqibah...banyak juga cerita yang kami kongsikan bersama kakak2 naqibah...
~Selepas menghabiskan beberapa minit dalam aktiviti kisah kita,kami ke aktiviti yang terakhir iaitu PROJECT MUSLIMAH RUNWAY....aktiviti ini memaksa kami mengeluarkann idea-idea untuk membuat baju mengikut cita rasa masing-masing tetapi harus mengikuti syarat seorang muslimah...
Usai semua aktiviti kami jalankan ...kami menunggu masa untuk berbuka bersama-sama...
apa yang lebih menyeronokkan adalah kami makan di talam bersama naqibah masing-masing...usai berbuka,kami solat maghrib dan isyak berjemaah seterusnya solat terawih bersama umat islam yang lain...
sehabis sahaja solat terawih,kami membawa haluan masing-masing dan pulang ke dom masing-masing...
setiba di dom entah kenapa perasaan rindu terhadap naqibah kian mendalam..
mungkin inilah yang di katakan ukhwah...
setelah bersama seharian suntuk....berpisah beberapa minit sahaja sudah terasa rindu...
mungkin juga ini kerana kasih sayang yang tak berbelah bagi yang telah di berikan oleh naqibah2 tersayang..
Allahuakbar....
No comments:
Post a Comment