Assalamualaikum dan salam cinta ana buat sahabat-sahabat ana sekalian....
entri kali ini suka ana berkongsi tentang sebuah cerita indah..namun bukan pula cerita ini tentang kegagahan laksamana sunan yang menjadi kegilaan wanita melayu kini untuk dijadikan suami..bukan juga entri ini menjadi medan realiti dimana ada sms untuk mengundi samada entri ana diterima atau tidak..hehe...
tapi entri ini ingin berkongsi sebuah cerita tentang perkahwinan...
gambar hiasan...
ana yakin dan percaya pasti sahabat-sahabat sedia maklum apa itu pernikahan....alaaa....yang si jejaka jabat tangan dengan tok kadi tu..dan c gadis pula tersipu malu kat suatu sudut mendengar bakal suami mengangkat lafaz nikah...tahu kan...??
entri kali ini entah kenapa ana ingin bercakap atau menaip mengenai perkara ini....ana tahu dengan usia ana baru menginjak 19tahun mungkin ana tidak layak untuk membicarakan perkara ini...disini suka ana ingatkan bahawa ana bukan ingin membahaskan apa-apa perkara mengenai perkahwinan...ana hanya ingin berkongsi sedikit pengetahuan ana tentang perkahwinan..mungkin pengetahuan ana ini tidaklah sehebat pengetahuan anda diluar sana..anggap sahaja entri ini adalah dari seorang anak kecil ysng ingin mengeluarkan secebis idea tentang perkahwinan J
perkahwinan itu indah..
ya, ramai daripada kita mengatakan perkahwinan itu indah...ana juga bersetuju,perkahwinan adalah perkara yang paling menggembirakan buat pasangan Adam dan Hawa...semoga saja setiap perkahwinan saudara-saudara diluar sana dibawah lembayung hidayah Allah…maha pemberi cinta…
tapi,kehadiran entri ini bukan ingin menceritakan tentang keindahan perkahwinan..tapi ingin berkongsi sedikit ‘kelemahan’ perkahwinan…
Bismillahirrahmannirrahim…
Kadang-kadang ana terfikir,mengapa kita dizaman ini selalu menhabiskan duit ‘during our weding’…maksud saya semasa majlis perkahwinan…duit berbelas ribu dihabiskan hanya untuk 3hari majlis perkahwinan…ada yang mencecah berpuluh ribu..malahan sampai berjuta…
Bukan ana ingin mempertikaikan kemampuan anda diluar sana mengenai duit dan bukan juga ana ingin ‘menjaga tepi kain korang’..tapi islam itu sentiasa dikenali dengan keserdehanaan.
Wang hantaran ..?? fffulllaaaamaaakkk..!!! …bukan main..bukan setakat 5ribu…tapi beribu..ribu…ribu..ribu….!! sebenarnya ana tak kisah hal ni..itu kan duit bakal laki korang..tapi,wahai muslimah-muslimah sekalian..beringat..islam ada mengatakan sebuah perkahwinan yang mendapat keberkatan Allah dan dibawah lembayung hidayah Allah adalah wanita-wanita yang berkahwin awal/atau di usia muda,rendah maharnya/hantaran dan tinggi akhlaknya…
Janganlah sampai ibu dan bapa ‘menjual’ anak sendiri..dengan alasan, ‘dia sorang jak anak kami pompuan’, ‘kami nak perkahwinan anak kami meriah,sebab kahwin hanya sekkali’…dan macam-macam lah..kalau nak di masukkan kedalam entri ni,nescaya tidak ada penghujung lah entri ana ini..hehe
Sahabat-sahabat sekalian,
Benar,perkahwinan itu untuk mengelakkan fitnah dan memudahkan orang mengenali kita sebagai pasangan suami isteri..tapi perlukah isteri kita menjadi “tayangan” seluruh kampung? Lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat..nauzubillah..baru di awal perkahwinan,suami sudah menanggung dosa si isteri…tapi ramai suami-suami diluar sana lupa tentang ini…
Si isteri pula jangan terlalu DIMAN ..INGAT ! kemanisan perkahwinan bukan disaat ‘majlis perkahiwinan’..tapi selepas majlis perkahwinan..mengapa ingin bazirkan duit semasa majlis…bagaimana pula dengan keadaan selepas majlis perkahwinan nanti..?? HUTANG BANK menjadi bebanan…di saat ini,barulah nak salahkan suami..suami salah kan isteri…atau pun salahkan mak bapa..
Teringat ana dengan dialog disalah satu filem Tan Sri P.Ramlee.
Si isteri kata “ abang memang tak ble harap,satu emas pun sya tak ada,tengok jiran sebelah tu,semua dia ada,apa yang sya mahu semua abg tak dapat tunaikan”..bla..bla…blaa…
Si suami pula membela diri “ kamu jangan nak salahkan aku,ni semua salah mak bapak kamu,dulu time aku masuk meminang,semua mak bapak kau mintak,wang hantarn 5RIBUUUUUU aku bagi.sekarang anak kita sudah tiga,tapi hutang hantaranm masih belum selesai,ni semua salah mak bapak kau”..blaa…blaa…blaa…
hurm..saling salahkan antara satu dengan yang lain..apabilah berbalah,bukan ego yang kita patut pertahankan,tapi jalan penyelesaian…
to be continew…..

No comments:
Post a Comment