Thursday, 15 September 2011

++KAHANGATN QIAMMULAIL++



indah nya hari semalam...
sangat kaki melangkah menuju ke PUSAT ISLAM(pi) UITM ber-ramai-ramai
terasa macam suasana ramadhan plak..hehe
walaupun kaki penat melangkah ke pusat islam yang jauh di atas bukit
tapi kemanisan nya terasa apabila telah sampai
ke rumah Allah...Alhamdulillah..
setiba jak di P.I senyuman ku lakar kan penuh indah
melihat kecantikan rumah Allah dari sudut yang berbeza...
Alhamdulillah...aku masih diberi peluang untuk merasai kemanisan qiammulail...

sebelum memulakan qiam kami penuhkan waktu yang terluang dengan taaruf sesema sahabat 
yang masih belum mengenali antara satu sama lain....
inilah salah satu kehebatan qiam apabila dilakukan secara berjemaah..
dapat menguatkan ukhwafillah sesama islam...
usai ber-taaruf..masa yang masih terluang kami isi dengan DEBAT..
tentang KEROSAKAN AKHLAK REMAJA..
salah siapa ? cikgu ka..??ibu bapa kah..?? rakan sebaya kah..??  atau pun diri sendiri...??

setelah dipisahkan menjadi 4 kumpulan kami diberi tajuk masing2...
aku termasuk dialam kumpulan ke-2..
apa yang menyeronokkan di kumpulan dua ni ialah semangat kami yang
berkobar-kobar ni..hehe
 kami dapat tajuk ...:
"CIKGU BUKAN PENYEBAB KEROSAKAN AKHLAK REMAJA"
dan kami pertahan kan tajuk kami yang tlah diberikan oleh abg pm...
sehingga lah suasana menjadi semakin panas...

tapi suasana kembali tenang apabila 
salah seorang daripada ahli kumpulan kami memberikan hujah 
dengan di-ikuti dalil dan bacaan Al-Quran ..
Allahuakbar...suara nya mengalunkan ayat2 suci membuatkan semua 
jemaah disitu terdiam dan mengalirkan air mata...

debat berakhir kira-kira jam 11 lebih(malam)...
usia ber-debat..kami muhasabah diri dengan berzikir munajat..
memohon keampunan dari Allah dan kemaafan dari kawan-kawan kerana sepanjang
perdebatan kami tidak menghiraukan perasaan sahabat2 yang lain....

setelah minum malam dan berdebat..
kami tidur..hehe....

jam3 subuh kami bangun semula untuk ber qiam bersama sehinggalah fajar menjelmah...

No comments:

Post a Comment