Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian
ahao da soalan jgak nie .. hehe ..
ReplyDeleteorg selalu mengatakan Nabi Adam as Nabi pertama dan ada jgak sesetengah bercakap Nabi Muhammad SAW yang nabi pertama ... ok ! Nabi Adam wujud dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.. apabila Nabi Adam telah sempurna dicipta dia akan mengucapkan dua kalimah syahadat kan .. sedangkan erti dua kalimah syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah)
persoalannya di awal lagi Nabi Adam telah mengetahui Nabi Muhammad SAW telah wujud ..
jd boleh explain setuasi nie ka ??
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesbb nama nabi muhammad sudah terlakar d pintu syurga awl2
ReplyDeletemmg nabi muhammad blum d ciptakan lg. ttp roh baginda sudah ada sejak azali lg.
dan roh bagindalah yg paling terang cahayanya di kalangan roh yg byk
itu jak yg yun mampu jelaskan...
ooo .. terima kasih .. ahao fhm uda ..
ReplyDeletealhamdulillah...jangan diragu kekuasaan Allah.. :)
ReplyDeleteahao nda ragu .. cuma ahao pernah dengar dari para ulama berdebat pasal kes nie .. tu la blurr tu .. hehe ..
ReplyDelete^~^